Sunday, November 11, 2007

PELIK tetapi !

MINGGU PERTAMA

Awal bulan ini semua saluran TV, Radio, dan akhbar dihebohkan dengan perhimpunan terbesar parti yang memerintah negara. Setiap kali ada berita akan diceritakan tentang perkara yang dicakapkan oleh mereka yang mengikuti mesyuarat tersebut.

Cerita nya tidak ada lain dari nasib bangsa melayu, macam mana nak tolong dan janji puak yang atas pentas akan buat macam-macam untuk orang melayu.

Berbagi dasar dan nama rancangan dihebohkan, sampai muak nak dengar. Cerita setahun sekali parti ini sejak dari lepas 13 mei 69 sampai sekarang sama sahaja. Dah 60 tahun parti tersebut ada termasuk yang ditubuh semula selepas Team B kalah. Dah hilang UMNO (Baru) bila 46 dibubar, perkataan baru dalam kurungan dengan sendirinya hilang.

Parti UMNO dah memerintah 50 tahun, umor kami yang bergerak aktif dulu dah dianggap veteran sekarang. Ini bagi mereka yang dah tidak berjawatan. Keadaan hidup kami dan orang melayu lain sama sahaja sejak 38 tahun yang lalu. Ucapan dan janji orang berkuasa sekarang yang berbeza hanya cara penyampaian, olahan bahasa dan tambahan sedikit sebanyak bahasa baru sepatah dua. Inti cerita nya semua keempat cabang sama sahaja.

Cerita yang muda main keris mainan, yang wanita tuntutan, tuntut tambah kerusi, dan macam2 tambahan tapi semua buat yang memimpin sahaja. yang budak-budak betina nya baru belajar bercakap janji nak tawan negeri dan macam2 lagi, yang badan induk nya memutar cerita nak buat supaya orang melayu boleh jadi usahawan yang kaya.

Labun nak bagi orang melayu kaya, senang dan berbagi lagi ini dari 38tahun dulu macam itu lah ceritanya. Kalau janji-janji itu semua ikhlas dan dibuat rasanya jumlah melayu papa kedana dah tentu tidak ada. Ini tidak ikut banci negeri yang ramai rakyat termiskin masih negeri melayu teramai. Rasanya dah ramai kawan-kawan yang dulu berjuang dengan UMNO dah meluat dengar cerita orang berkuasa nak buat untuk orang melayu ini.

Baik cerita terus terang dalam mesyuarat itu, kami yang berjawatan ini nak kekal dengan jawatan yang ada dan nak menang dalam pilihan raya akan datang ini supaya dapat terus bantu kamu semua dapat habuan sama. Kamu tukang kandar semua kena tolong supaya kita kekal berkuasa, kalau tidak kita semua susah. Susah tu susah nak tolong kamu yang jadi tukang kandar lah. Dan bagi tahu kawan2 kamu di kampong tu semua macam tu lah, kena tolong bagi kami semua kekal berkuasa.

Itu lah cerita UMNO (Baru) dan sejak dari UMNO (lama) dulu, bermula tahun 1969 yang lalu bila agak tersepit ugut orang melayu konon nanti cina dapat kuasa. Pemimpin ini dok buat orang melayu macam orang melayu kelas dewasa lepas merdeka dulu, masih dok ingat sampai hari ini orang melayu bodoh. Yang bodoh-bodoh tu banyak dah pindah ke alam barzah, yang jadi pemimpin masa itu pun lama dan pindah ke alam berzah ( Alam Kubur). Giliran kita pun dah tak lama, tunggu masa dan giliran sahaja. Jadi berhentilah buat cerita nak tolong melayu ni, buat sahaja kalau rasa nak buat tak payah cerita melalut, orang melayu yang cerdik dah ramai berkumpul 10hb. lepas tuntut supaya pemimpin berhenti menipu. Ini tanda ramai oang melayu, cina dan india yang pakai baju kuning tu sudah sedar yang dia orang selama ini kena tipu.

Hai kawan-kawan yang dari dulu sampai sekarang jadi tukang kandar, cukuplah tu, bawa-bawa lah cari bekalan untuk alam barzah pula. Ramai dah kawan berlabun dikedai kopi dah tak ada, giliran kita dah dekat lah itu. Buka lah mata luas-luas, dan telinga dengar betul-betul parti pun dah di penghujung dah, tak kan sampai ke chucu-chicit dia orang kawan semua nak jadi tukang kandar, cukup lah setakat datuk dan bapa dia kawan semua bantu jadi kadam. Masa dah berlalu.... ....

MINGGU KE DUA


Berakhir saja penutup cerita nak tolong membangun orang melayu di tanah air yang UMNO sudah memerintah 50 tahun. Orang Melayu yang lima enam hari lalu dah meluat dengar cerita labun dari semua corong TV dan Radio, beramai-ramai pergi kuala lumpu beli baju kuning pakai dan berkumpul nak tunjuk pada pemimpin bahawa kami yang berkumpul ini melayu, cina, india dan orang asli dah bosan dan meluat dengan janji-janji kosong pemimpin.

Nasib baik kami dikampong ini beli alat-alat yang boleh masuk internet boleh lah tengok gambar-gambar dalam internet, tak lah kena tipu macam berita anuar zaini kata hanya 4 ribu orang sahaja yang berhimpun nak serah memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong itu. Entah lah kalau nanti ada pula puak pengampu akan kata gambar-gambar dalam internet fasal perhimpunan 10hb itu gambar tipu pula.

Sebenarnya orang kampong ini bersembang dikedai kopi kata yang memimpin UMNO sekarang ini bodoh ke ? Dia orang ini tak sedar ke yang kita di kampong ini dah sedar dan tahu selama ini dia orang asik tipu kita orang kampong ini. Kalau dia orang betul tak salah, apa yang hendak sebok orang yang pakai baju kuning itu nak bagi surat pada Yang Di Peruan Agong. Biarlah, dan Raja itu pun dah sanggup hendak jumpa dia orang.

Orang kampong kata lagi, kalau apa yang puak pembangkang dedah itu tak betul macam hal rakaman bualan ketua hakim itu, apa yang dia orang sebok sangat hendak tutup dan mempertahankan, buat sahajalah Suruhanjaya Di Raja yang pembangkang minta itu lantik orang yang boleh dipercayaai supaya boleh siasat dengan betul dan nanti dedahkan hasil siasatan supaya semua orang puas hati. Yang sebok nak mempertahankan orang yang kena tuduh buat apa.

Jadi orang-orang kampong ini dah mula rasa misti pemimpin ini ada udang di sebalik batu. ...

Zaman ini hidup di kampong bukan senanag, kehidupan sekarang susah pucuk paku, pucuk ubi batat, rebung buluh, kankong paya pun dah memupus setiap hari ada orang kutip buat hidangan dan ada juga yang buat jualan nak beli beras atau ikan buat lauk. Nak harap ikan sungai macam dulu itu juga dah tak ada sungai jadi kering kerana bukit dah botak sebab balak dah kena tebang, dan bila hujan lebat banjir, air pun keroh macam teh tarik. Ha itu atas nama pembangunan... nama nya.

Pelik betul zaman sekarang ini macam-macam jadi, yang kena tuduh tak kena apa-apa tapi yang menuduh katanya akan kena hukum, Dah macam guna hukum qazaf untuk kes zina. Orang yang menuduh pula didera dan diugut, kalau macam itu elok pakai undang-undang Islam baru betul. Tapi kalau pakai undang-undang Islam pun perkara yang di cerita dalam kes rakaman itu rasanya tidak boleh guna qazaf.

Marilah kita semua tengok apa pula nak berlaku hari-hari berikut minggu ini.

subangan kawan sedarjah.

Thursday, November 08, 2007

Ramadan telah berlalu, semua orang Islam telah selesai mengerjakan ibadat yang ditentukan bagi bulan ramadan. Sekarang bulan Sawal, semua telah dan sedang merayakan hari raya hingga minggu-minggu yang akan nanti juga nampaknya masih ada rumah terbuka.

Ada yang mengerjakan puasa 6, sudah tentu ramai juga yang tidak kerana banyak open house.

Awal Ramathan masjid penuh sesak khususnya untuk sembahyang tarawikh, kerana mengingatkan janji Allah SNW apa yang akan diperolehi di akhirat kelak. Nampaknya tak ramai yang ada ketahanan diri, separuh jalan setengah masjid kosong sampai akhir puasa tinggal seperempat sahaja ruang masjid terisi.

Ramai yang tahu hari raya sepatutnya dua hari sahaja tetapi kita merayakannya satu bulan, dalam masa kita merayakan hari raya marilah kita renung apa yang di katakan oleh rakan saya katib di sebuah masjid.


MENGHAYATI KEWUJUDAN SEKSA KUBUR

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan.

Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?

Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat menusia yang tidak diketahui dimana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang dilaut kerana kapal terbang berkecai jatuh kedalamnya atau samada kapal atau feri karam dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzah iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat. Ini berdasarkan Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99-100:


حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا
كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
َ

Maksudnya: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang diantara mereka berkatalah ia 'Wahai Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan'. Tidak! Masakan dapat ? Sesungguhnya perkataanya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzah (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzah ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzah atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya bebarapa orang yang tidur nenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka munkin bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasa nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakanya. Jika perkara seperti ini pun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzah, malahan alam barzah lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam'iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa berikut:


اللهم اني اعوذبك من عذاب في النار وعذاب في القبر

Maksudnya: “Wahai tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan diakhirat nanti. Sabda Rasulullah SAW; Maksudnya “ Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur ? Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “apabila salah seorang diantara kamu mati, akan ditujukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka ; “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi.Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Allah yang tiada tandingnya pasti akan yakin dengan adanya siksa dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzah dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.

Apabila kita mengingatkan tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepadaNya.


Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab,
kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur,
kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut,
kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

UNTUK itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dn menjadi kekasihNya.

Dengan mengingatkan azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, berdusta, berjanji bohong, memerintah secara kejam, tidak adil, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita kearah melakukan kebajikan yang sangat dituntut oleh Islam.

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab API NERAKA”. (Surah Ali-Imran ayat: 16)

Marilah kita semua menjuruskan ingatan dan kesedaran untuk kita sama-sama menghayati dan menyedari hanya Allah yang maha Besar dan yang Maha Pemurah. Dibentang-Nya alam ini untuk kita, dicurahkan rahmat-Nya siang dan malam, sejak kita dilahirkan sampailah hari kematian kita. Bahkan rahmat Allah yang lebih besar dan lebih banyak lagi adalah sesudah kita MATI, jika kita termasuk dikalangan orang yang beriman dan bertakwa serta banyak mengerjakan amal soleh selama hidup kita di dunia ini.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Kepada orang melayu Islam ingatlah semua yang hidup akan mati, berpesan-pesanlah kita bahawa azab kubur itu benar, janji Allah itu benar, shurga dan neraka itu benar, maka berpada-padalah amalan kita semasa hidup ini, orang lain yang tidak berjawatan dan berkuasa ini bukannya bodoh... mereka semua tahu, dengan sebab itu ada antara mereka yang menegor mereka yang membohongi mereka.

insaflah wallahhua'alam.