Assalamualaikum warahmatulah
Telah hampir genap 49 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan. Yang MERDEKA negara kita Malaysia. Manusia, pokok-pokok, sungai-sungai, unggas-unggas dan haiwan-haiwan sama ada yang ada didalam hutan atau dimana saja diatas bumi Malaysia, itu belum tentu lagi benar-benar Merdeka.
Merdeka ditakrifkan sebagai satu kebebasan yang diperolehi oleh makhluk dan apa saja yang ada diatas bumi sesebuah Negara itu. Bagi manusia, semua yang ada, tahu kedudukan taraf kemerdekaan yang kita sama-sama nikmati ini. Bagi kategori haiwan dan lain-lain termasuk hutan, bumi, haiwan dan unggas rasanya banyak yang boleh diperkatakan.
Memperkatakan pasal hutan, kategori hutan tanah pertanian telah dimajukan dengan ladang-ladang, persoalan siapa punya- itu soal kemudian. Kategori Tanah Kerajaan, kategori hutan simpan kekal, hutan simpan tadahan air, dan entah apa lagi takrif banyak pihak memperkatakan berbagai issue yang berlaku selama 49 tahun kuasa di tangan pemerintah rakyat tempatan ini.
Apa yang berlaku ? timbul persoalaan pencemaran alam sekitar, sungai tercemar, air tercemar, bukit-bukit gondol, sungai yang dulu air nya jernih dan dalam sekarang berselut dan cetek. Bagi ketogeri parit boleh dikatakan kering kontang.
Ikan sungai banyak spesis telah hilang dari sungai yang dah cetek. Haiwan saperti gajah dah sampai ke ladang-ladang dan hujung kampung merosakkan tanaman, harimau dan menerkam manusia di kebun-kebun getah.
Unggas-unggas halus telah menular disetiap kebun-kebun sayur dan dusun buah-buahan mencari makan, yang kalau tidak digunakan rasun perosak hasilnya tidak dapat dituai atau tidak boleh dimakan oleh manusia lagi. Ini semua hasil dari pada pembangunan.
Banyak persoalaan dikalangan para petani dan nelayan sungai yang mencari makan dalam bidang ini yang menimbulkan perasaan benar-benarkah kemerdekaan ini membawah kemajuan kepada mereka.
Yang hidup menetap dikampung dari tahun 1957 hingga sekarang banyak telah berubah dalam aspek pembangunan, antaranya perhubungan, jalan raya ada, eletrik ada tapi kena bayar, air ada juga kena bayar, tandas kena korek kerana anak sungai sudah kering, yang mempunyai sungai juga taraf yang sama. Semua kemudahan yang ada juga ada kos yang perlu ditanggung.
Persoalaan pendapatan, kebun getah sudah ditanam semula dengan kelapa sawit akibat daripada harga yang begitu lama dulu dalam keadaan terlalu murah. Yang masih belum ditebang sudah tidak ada tapak torehan dalam keadaan harga getah tinggi sekarang. Tanah pertanian telah ditanam durian..... buah bermusim ... dan sekarang musim tidak berbuah. Tanah bendang yang lama kering kerana tidak ada perparitan ada yang dijadikan tapak rumah dan ada yang ditanam kelapa sawit.
Sumber pendapatan lain, menangkap ikan sudah terlalu banyak berkurangan bagi yang hampir dengan sungai perak. Lagi apa sumber yang ada ? mungkin kerja dengan kontraktor kecil juga tidak ada. Oleh itu apa lagi sumber yang boleh dicari, patut ke pindah ke bandar cari kerja dengan kilang-kilang. Kata kawan-kawan yang balik kampung sesekali, juga susah kilang dah banyak tutup.
Kalau begitu 59 tahun MERDEKA ini macam mana ya !
Bagi kawan-kawan yang berhijrah ke bandar mungkin mereka menikmati hasil kemerdekaan yang dicapai ini kerana sesekali saya ke bandar banyak pembangunan nampaknya telah berlaku. rumah kedai yang dulunya nampak buruk sekarang dah berubah dengan pengubahsuaian, kawasan yang dulu nya semak sekarang di penuhi dengan rumah-rumah kedai, siapa punya 'wallah-hualam' tapi nampak yang berniaga bukan orang melayu.
Sesekali berurusan di pejabat negeri di bandar Ipoh nampaknya begitu juga, dulu kawasan rumah-rumah kakitangan kerajaan di Green Town itu di penuhi rumah-rumah lama sejak zaman penjajah, rumah disitu untuk orang yang berkerja dengan kerajaan sekarang dah dibangunkan dengan bangunan pejabat dan rumah-rumah kedai tiga dan empat tingkat, yang sibuk berniaga nampaknya dua tiga restoran mamak dan yang lain semua bukan melayu. Pemilik kedai mungkin melayu kot, mereka yang berniaga tu ada yang menyewa dari pemilik melayu agaknya.
Itu lah hasil yang nampak dibandar-bandar semuanya di penuhi dengan rumah panjang dan kedai-kedai, kagum juga rasa nya negara yang dah Merdeka ini.
Jalan-jalan di bandar sekarang jangan cakap penuh sesak dengan kereta proton dan kancil tak lah macam masa dulu-dulu kalau ke ipoh itu senang je meyeberang jalan kereta tak banyak. Rasanya yang duduk dibandar-bandar macam Ipoh, Taiping tak banyak kot orang melayu yang susah macam di kampung ni. Maklumlah banyak projek nya.
Cerita di kampung ni kalau rajin usaha adalah juga pendapatannya, tak le tak ada beras, tapi tak lah banyak hasil yang di beli peraih dari bandar bukan mahal sangat kata mereka minyak sekarang mahal nak sampai Lenggong ni bukan dekat. Dan kalau mari barang yang boleh di bawa balik ke Ipoh sikit mana nak untung kata nya. Jadi pucuk paku dia ambil seikat lima kupang (50 sen) je le. begitu lah barang-barang lain bukan mahal sangat.
Kawan-kawan yang pegi cari petai dalam hutan pun kata harga tolak petai seikat baru 7 ke 8 ringgit je. Harga kampung lah katakan.
Sekarang heboh dalam TV- suruh kibar bendera 'jalur gemilang', pendapatan yang sikit ni mana nak beli jalur gemilang, belanja lain yang mustahak pun tak cukup. Konon kalau tak kibar bendera tak patriotik. Tau ke harga bendera itu boleh beli berapa kilo beras? Bagi kami di kampong ni nak kata tak patriotik pun tak megapalah, hanya pasal tak kibar bendera.
Bagi kami di kampung yang penting bukan jalur gemilang, yang penting balasan kami yang taat kepada pemerintah kena lah pemerintah menentukan orang kampung juga boleh hidup senang.
Kalau nak cari makan pun susah, tak payah lah sambut Merdeka atau sekarang hari Kebangsaan .... kebangsaan apa pun entah lah.
Sejarah pun masing-masing pandai-pandai tukar-tukar ikut suka hati je.
Wallah hua'lam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home