Wednesday, August 30, 2006

MERDEKA MERDEKA…MERDEKA

Heboh seluroh alam bumi Malaysia ada yang bersuara melalui Radio, yang ada gambar dan suara melalui TV, yang bercetaknya akhbar-akhbar menghebah dan memaparkan seruan agar manusia di bumi ini mengibarkan bendera dan bersedia untuk menyambut hari bersejarah 31hb Ogos sebagai hari Kebangsaan/ MERDEKA.

Bertuah Negara Malaysia ini sejak Merdeka 49 tahun yang lalu pembangunan begitu pesat, apa yang tidak ada semuanya ada dan begitu berkembang sekali.

Sejak selepas pilihanra 2004 yang lalu semua nya naik, boleh dikatakan tak ada yang turun semua naik belaka. Antara yang naik harga getah naik, harga besi buruk naik, harga kayu dan papan lama naik, harga pucok ubi, pucok paku, kangkong paya, dan banyak lagi yang mudah diperolehi di tepi-tepi hutan dipinggir kampong semuanya naik harga.

Sepanjang tahun 2006 ini pula tambah lagi barang-barang yang naik, antaranya minyak, gas masak, air, letrik, hasil tanah, dan ekoran yang penting itu naik banyak lagi unjuran nya turut naik. Yang nak naik banyak lagi, yang nak turun nampaknya tidak ada.

Nak kibar bendera juga kena naik, naikkan galah, atau naik ikat atas pokok, atau tepi dinding. Boleh kata naik belaka la..

Yang tak naik pendapatan, khusus yang terlibat macam orang kampong. Yang boleh orang kampong jual apa sangat, hasil-hasil pertanian kampong je. Tempat jual pula di kampong je, pembelinya sama ada orang kampong juga atau peraih dari luar. Yang menentukan harga peraih juga takkan nak penaik harga, katanya minyak dah naik. Habis cerita.

KIBARKAN BENDERA

Orang Kampong tak ramai yang petriotik sebab tak ramai kibar bendera, Yang mampu beli tu ada le, yang tak mampu macam mana nak beli, kalau fulus tak ada macam mana nak beli bendera yang penting-penting lagi banyak, beras, kopi, gula, lauk, barang2 dapur, belanja budak sekolah, ah banyak lah itu pun tak cukup duitnya, mana ada baki untuk bendera.

SAMBUTAN

Eloklah sambutan ni untuk orang Bandar je, kalau sambutan siang hari macam mana orang kampong nak terlibat sangat, kalau di takdirkan tak hujan pagi boleh juga menoreh atau buat-buat kerja untuk pendapatan harian. Lagi pun cuti ni untuk orang makan gaji, orang kampong apa cuti nya. Bagi yang di kampong kalau hari hujan, itu lah cuti sebab tak banyak boleh buat tambah-tambah kalau hujan lebat.

Hari siang kalau cuaca baik, cuti jawab nya dapur tak berasap lah. Orang besar yang dah jadi pegawai, wakil rakyat dan menteri bukan tak faham banyak nya asal dari kampong juga.

Sambutan ni kalau malam boleh lah buat baca yasin ke di masjid-masjid atau sesuatu yang menjurus kepada mensyukuri nikmat yang Allah bagi.

Yang bentuk-bentuk hiburan ni tak sesuai sangat untuk yang lahir sebelum 31 Ogos ni kerana kubor pun dah mula ajak mari.

Yang muda-muda pulak kalau dah berhibur je bila nak buat kerja siang besoknya tentu mengantok.

MERAYAKAN ATAU MENGINGATKAN

Telah 48 kali menyambut dan merayakan hari kemerdekaan, besok kali ke 49 bagi yang masih panjang umor.

Dari awal pilihanraya 1955 pemimpin parti janji untuk membangunkan Negara dan memberi kesenangan kepada orang melayu. Orang melayu ingat kesenangan yang macam mana ya. Yang tak payah buat kerja dapat duit ke. Kalau tak buat kerja siapa-siapa, siapa nak bayar gaji. So kalau kena potong getah orang jual kongsi dua, kalau tak menoreh dapat apa.

Begitu juga tanam-tanaman, sayour ke apa-apa bidang pertanian, kalau tak tanam mana ada hasil nya. Yang berlaku sekarang ni semua nak mudah, yang tuan tanah tanam masyarakat kita tumpang kutip dan jual, yang seronok lagi tak mintak pada tuan nya.

Konon-konon pucuk paku, ubi batat, kankong dalam paya tanah orang tu bukan dia yang tanam, dia tumboh sendiri. Jadi tak payah minta ambil jual je, ok ke, macam tu ?

Yang bagus dan kerja mudah lagi satu kerja kutip besi burok, tak kira atap zing bangsal orang ke, pagar orang ke kalau dah semak kawasan nya kira ok ambil je. Habis besikal burok, apa juga besi pakai ambil pasal nak cari duit. Ini kira macam nana ni.

Tak kan dah merdeka 49 tahun benda-benda macam ni jadi kerja lagi, kena fikir lah sama kot haram ambil harta orang tak mintak.

Rasanya kalau kehidupan masih lagi susah, tak payahlah fikir-fikir pasal konsert, pasal nak sambut merdeka ni. Elok fikir macam mana cari duit yang sempurna sikit cukup lah hidup ni pun bukan lama sangat lagi.

Kalau cara hidup yang ada ini tak berubah, yang rakyat cara rakyat, yang berkuasa cara yang berkuasa, semua peringkat nak hidup senanag cara mudah merdeka mana ada makna. Otak kalau tak bebas berfikir dan buat keputusan sendiri, Bercakap kalau tak bebas nanti kena ISA, nak merdeka apa !

Bagi yang duduk di kampong bukan semua hal-hal yang berlaku di dalam negeri ini orang kampong tak tahu, tahu juga tapi sebahagian nya malas nak fikik. Setengah nya terlibat dengan kumpulan yang suruh orang kampong jangan terlalu ambil tahu dunia luar dari kampong. Kalau semua bebas berfikir dan banyak yang tahu pun susah juga bagi setengah orang yang bila perlu nak minta tolong orang kampong sokong.

Cerita mudahnya dua-dua puak main cara kroni-kroni bila masing-masing memerlukan antara satu dengan lain. Dan yang tak terlibat memang tak campur urusan sesetengah yang nak hidup cara senang ni.

Jadi merdeka bagi orang kampong hanya untuk ingat balik cerita lama saja. Macam tak merdeka pun tak apa kerana sepanjang masa ini sama je dari tahun satu sampai tahun 49.

Yang banyak berfikir takut anak cucu yang dah pindah ke Bandar tak tahu apa akan jadi masa depan nanti.

Itu lah hakikat merdeka bagi kami di kampong.

Do`a orang kampong semoga jangan ada bala besar. dan masih boleh kaih pagi makan sampai pagi besok.

Wallahhua`alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home