Monday, November 13, 2006

HAK ASASI DAN KEBEBASAN MANUSIA

Diakhir-akhir ini ruang angin dan udara Malaysia dicurah dengan cerita-cerita murtad yang berlaku dikalangan orang melayu yang telah dari datuk dan nenek jenerasi yang ada hari ini menganut agama Islam.

Sesetengah pengkaji dan penulis cerita mengatakan Islam mula dianuti oleh orang melayu sejak dari zaman Raja Paramaswara yang mula memeluk Islam, versi pengkaji dan penulis lain pula menulis Islam dianuti oleh orang melayu yang mengikut raja mereka di Langkasuka lagi, dan berikutnya bangsa melayu telah berkembang hasil kawin campur antara melayu di Langkasuka dengan pendatang yang datang dari China dan India yang juga menganut agama Islam.

Melayu yang ada dari zaman kerajaan Langkasuka ini ramai memenuhi Negeri Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan dan Terengganu sekarang. Bagi sesetengah yang tahu asal usul mereka ini, mereka dikenali dengan melayu petani.

Sejarah bangsa melayu dengan Islam ini bukan perkara baru di Tanah Melayu, dan sekarang Malaysia. Ini cerita lama walau pun tidak selama rakyat China yang mula memeluk Islam ia itu sekitar 1400 tahun lalu.

Memeluk Islam atau menganut agam Islam sahaja berbeza dengan hidup cara islam atau (Adeen).

Malaysia dan kerajaan yang ada telah bersetuju menerima pakai ketetapan antara bangsa tentang hak asasi manusia, dengan sebab itu kerajaan bersetuju menubuhkan suhakam. Setakat mana kuasa dan hak tugas badan itu boleh bertindak tidak perlu dihuraikan baca sendiri lama web suhakam.

Kita sebagai rakyat kebebasan yang kita ada itu sudah cuckup untuk bergerak, bercakap, berangan-angan, berkawan dan sebagainya. Tetapi tolonglah gunakan kebabasan yang ada itu dengan had-had tertentu.

Contohnya kebasan berkata-kata, janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kebabasan melakukan sesuatu, janganlah sampai terlalu senang pukul dan bunuh orang, dan kebebasan boleh berdua-duaan dengan pasangan ditempat awam atau ditaman-taman, janganlah sampai berbogel berua-duan dikalayak awam.

Ertinya kebasan yang ada janganlah disalah guna, disalah tafsir atau boleh dikatakan kebesan yang melampau sehingga membelakangkan perasaan orang disekeliling kita.

Sedarlah dunia ini dipenuhi dengan berbagai bangsa, puak,suku-suku, dengan sebab itu ada Melayu, China, Tamil, yahudi, arab dan berbagai-bagai lagi. Mereka dengan fahaman agama mereka sendiri, ada yang percaya adanya Tuhan, ada yang tidak percaya adanya Tuhan. Itu terpulang kepada hak masing-masing.

Di Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum ini setiap kita yang mempunyai kebebasan, TOLONG lah walau apa pun bangsa anda dan kepercayaan anda, amallah pendekatan jangan campu dan sebok persoalaan yang bukan dari bangsa atau khasnya Agama yang anda anuti. Kalau anda bukan Islam jangan campur dan jangan nak sibok urusan orang Islam.

Tak kisahlah penulis ke, ahli politik ke kalau anda sendiri bukan penganut agama Islam jangan nak sebok komen urusan orang Islam. Olih kerana ada yang jadi penyebok ini lah perkara yang tak kecoh jadi kecoh. Yang dah terkomen dan terkata tu, ambil pendekatan diam jangan tulis komen lagi, biarkan orang yang menganut agam Islam sahaja uruskan hal mereka.

Kita di Malaysia ini, kalau ingin hidup aman damai persolaan Agama dan kepercayaan kalau tak tahu jangan jadi penyebok, macam ada yang komen tugas Mufti. Mufti ini seorang sahaja bagi satu Negeri dan yang melantik nya DYMM Sultan. Sultan tahu siapa orang yang dia lantik dalam semua aspek, kalau yang bukan Islam tak tahu apa-apa fungsi dalam Islam janganlah nak pandai-pandai komen tugas mufti. Dia tahu tugas yang di amanahkan oleh DYMM sultan kepada dia.

Saya perhatikan diakhir-akhir ini semua nak sebok menulis pasal murtad termasuk yang tidak menganut agama Islam. Terbaru kisah demonstrasi dihadapan gereja Jalan Silibin Ipoh dan sumber maklumat melalui sms.

Hukum dalam Islam bagi yang murtad dan mengapa ada hukum itu, dan adanya hukum itu dalam Al-quran tak tahu. Oleh itu bagi yang tidak Islam TOLONG lah berhenti menyebok. Biar orang Islam sahaja urus persoalaan ini. Ambillah pendekatan dengan hati yang terbuka bahawa sesiapa sahaja yang tidak menganut agama Islam, benarkan orang Islam melaksanakan kepercayaan nya dan anda buatlah dan komenlah soal-soal tentang agama kepercayaan anda.

Kalau ada yang tak percaya diri dilahirkan didunia ini dengan kehendak Allah, buat lah dengan kepercayaan sendiri dengan hak asasi dan kebebasan yang dibenarkan oleh pemerintah, jagalah jangan sampai menyinggung perasaan orang di sekeliling anda dengan pemahaman dan kepercayaan masing-masing.

TOLONG LAH MANUSIA SEMUA. Hormati dan nikmatilah kebebasan dengan tertib dan bersikap lah sebagai manusia yang waras.



pak Tani

0 Comments:

Post a Comment

<< Home