Tuesday, December 19, 2006

HENDAK MATI PUN SUSAH


Dalam kepesatan dunia membangun dengan sain dan teknologi, hukum akal yang diguna pakai oleh sebahagian manusia moden yang bersumberkan hak asasi manusia telah terjebak dengan undang-undang buatan mereka sendiri menyebabkan ada yang memilih untuk munkar nangkir mengambil nyawanya dinafikan.

Itali sebuah Negara yang pernah diperintah oleh Islam telah memilih Roman Catholic sebagai pegangan kepercayaan hidup mereka membuat undang-undang tidak membenarkan nyawa mudah dicabut oleh mungar nangkir, mereka dengan kebijaksanaan ilmu sains nya menyediakan alat bantuan pernafasan supaya manusia tidak mudah mati.

Itulah fahaman dan kepercayaan manusia zaman moden, yang berjuang dan sentiasa berjuang menuntut hak asasi mereka sehingga diluar ruang likup keujudan Yang Maha Esa yang menjadikan mereka manusia. Manusia yang mempercayai bahawa yang menjadikan mereka, hanya oleh manusia yang terdahulu dari mereka ia itu melalui ibu dan bapak sahaja.

Akibat dari kepercayaan yang begitu mendalam dalam ilmu kejadian manusia hanya melalui manusia tanpa menerima kuasa Allah yang menentukan segala-galanya, maka menjadikan ada dikalangan mereka yang memilih untuk memilih mati dengan mudah juga dihalang.

Hakim Antonio Salvio telah menolak permohonan Piergiorgio Welby, 60 di Mahkamah Itali untuk membolehkan doctor menanggalkan alat yang digunakan sebagai bantuan pernafasan bagi membolehkan beliau mudah mati. Beliau merasa tersiksa dengan penderitaan yang dialami kerana semua jasad nya tidak berfungi lagi, yang tinggal berfungsi hanya mata yang dapat mengeluarkan isarat tentang permintaan nya.

Cerita nya boleh dibaca di BBC news.

Sakit, azab siksa kesakitan, dan segala yang dialami oleh manusia sentiasa dalam bentuk yang tidak sihat menanggung azab dimasa hidup nya disebabkan oleh penyakit mengikut kepercayaan sains. Manusia jarang memikirkan semua bentuk sakit yang dialami itu adalah kehendak Allah Yang Maha Esa.

Sentiasa dipersalahkan ialah lemak kalau banyak kolestrol, gula kalau kena kencing manis dan begitulah seterus nya…..sebab menyebab sesuatu penyakit.

Katib yang berkutbah pernah menyebut agar semua manusia menghisab diri sendiri, atau menilai semula buruk baik amalan hidup kita setiap hari. Menyemak semula apa yang kita lakukan agar bukan sahaja tidak terjurumus kepada fasik, sirik, munafik agar kita tidak dihumban ke neraka setelah mati, tetapi pesanan tersebut buat kita yang ingin terus hidup agar kita tidak mengalami kesiksaan, mengalami kesakitan didunia. Sila baca sendiri Blog Kejor yeop kejor pesanan katib yang di paparkan.

Ramai juga mereka yang percaya bahawa sakit yang ditanggung adalah kerana hukum Allah atas perbuatan yang tidak mereka sedari sebelum ini. Derita sakit atau azab Allah yang disebut sebagai pesanan dari Katib itu termasuk penderitaan yang ditanggung oleh manusia yang terpaksa mencari doktor dan bomoh untuk mengubatinya. Dengan sebab itu nasihat dan pesanan perlu diulang-ulang oleh yang berautoriti untuk berbuat demikian sama ada di mimbir atau di taskirah-taskirah lepas maghrib dan sebagainya tentang hukuman yang diberi oleh Allah bukan setelah mati tetapi sebelum mati juga.

Amalan rasuah dan segala kemunkaran termasuk menipu sesama kawan juga wajib dihentikan agar siksa dunia tidak di timpakan oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Wallah hu`aklam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home