Saturday, April 05, 2008

KERAJAAN: BARISAN RAKYAT APA SALAHNYA !

Dengan izin dan kehendak Allah yang maha berkuasa diseluruh alam empat buat negeri telah bertukar pemerintahan dari bn ke br. Semua rakyat yang bermastautin di negeri terlibat kena musahabah dan ingat itu kehendak sebahagian mereka yang mengamalkan demokrasi yang telah Allah izinkan. Kehendak mereka di menangkan.

Bagi sebahagian lagi pemastautin yang merasakan mereka kehilangan kuasa perlu sangat-sangat akur dengan kehendak Allah yang selama 50 tahun ini memberi kuasa kepada mereka. Sekarang kuasa itu ditarikh dan dipindahkan kepada kumpulan dan orang yang Allah kehendaki. Bawa bertenang, terimalah hakikat bahawa apa juga usaha kita manusia yang menentukan segala-galanya ialah ALLAH yang kita lalai mengingatiNya.

Elakkan perasaan sombong bongkak dan rasa bangga diri yang selama ini membiak dalam diri, insaflah setakat mana kesombongan, bongkak dan riak anda semua tunjukkan selama ini dapat bertahan. Baca apa kata Kuli di Gua Musang semasa mengadakan mesyuarat agung khasnya baru-baru ini. Buka mata baca, sama ada yang kalah atau yang menang. Yang berkuasa juga ingat, kuasa yang Allah beri bukan untuk berkuasa sahaja tetapi melaksanakan tanggung jawab kepada siapa yang Allah suruh sebagai satu amanat. Perhatikan betul-betul ucapan Kuli itu ianya bukan ditujukan kepada rakan-rakan umno sahaja, tetapi juga sebagai peringatan kepada pas,keadilan dan dap yang dapat kuasa sekarang. Ingatan nya jangan bersikap sombong, bongkak dan tamak dan riak dengan kuasa yang baru dapat itu, banyak-banyak mengingati Allah tentang NERAKA yang menanti anda atas apa juga perlakuan anda sekarang sebelum menjejakkan kaki ke sana.

Pilihanraya kali ke 12 ini merupakan detik pertama peralihan kuasa disebelah panti barat tanah melayu walau pun ombak 13 mei pernah naik tetapi hanyak setakat pulau pinang sahaja yang berubah dari mca kepada gerakan, Perak dan Selangor pada masa itu selamat naik balik kapal layar dan pindah ke dacing.

Pengalaman kali ini yang dapat merubah luas sikit dari Pulau Pinang, disamping Selangor dan Perak dapat juga menarik sama Kedah ikut sama. Sudah tentulah kejutan ini membuatkan penyokong yang berkuasa selama ini merasa marah, marah kerana peluang sudah tertutup. Hampa kerana angan-angan terbantut, oleh itu ingat ramai lagi orang yang selama ini melihat gelagat dan perlakuan anda semua dan meluat melihat kesombongan anda semua, mereka sekarang merasa puas melihat anda semua hilang kuasa.

Ada semua belum juga terlambat untuk berubah, bersihkan diri, parti dan yang penting buang jauh-jauh kesombongan anda sela ini itu, selalu ke masjid mendengar pengajian banyak-banyak muhasabah diri. Tukar sikap, berfikir sebelum bercakap, jangan mudah buat janji untuk menipu, orang ramai bukan semua bodoh macam yang anda sangka selama ini.

Kalau anda semua yang sebelum ini berkuasa tidak berubah saperti mana yang di cadangkan oleh bekas Presiden Semangat 46 itu tunggulah saatnya dan insaflah kerajaan firaun pun hilang dari bumi.

Bagi ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS, Keadilan dan DAP ingat kuasa yang Allah bagi ini satu percubaan sahaja dahulu, kalau anda semua tamak, semua anda nak bolot sehingakan rakan-rakan yang sama seperjuangan dengan anda yang tidak menang di ketepikan. tunggulah saatnya anda semua juga akan kehilangan kuasa yang baru mula tumbuh ini.

INGAT jangan belas dendam dan jangan berdendam sesama orang melayu, cina atau india. apa juga bangsa anda kawan-kawan anda yang selama ini berkuasa sombong, bongkak dan berlagak biarkan mereka tetapi anda semua JANGAN bersikap saperti mereka.

Kita bincang lagi nanti.





0 Comments:

Post a Comment

<< Home