Boleh percaya kah:
Bolehkah di percayaai berita yang bertajuk saperti berikut; “Perubahan sokongan kaum Cina, gugat BN dalam pilihan raya umum”. Isi kandungan nya menyatakan;
Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi cabaran besar apabila kecenderungan kaum bukan Melayu khususnya Cina jelas semakin cenderung menyokong pembangkang kata penganalisis politik.
Kisah ini dipaparkan oleh seorang penulis yang juga merupakan seorang pendokong pembangkang dari kalangan parti pembangkang china.
Dikatakan parti pembangkang dijangka mendapat sokongan besar di kalangan orang Cina adalah DAP dan parti Keadilan Rakyat. Tidak bagi parti melayu yang cenderong kepada Islam.
Terdapat dua alasan dikemukakan mengapa kaum china cenderong berubah hati menyokong pembangkang.
Pertama. Kecenderungan itu berpunca daripada sikap 'biadap' pemimpinan parti melayu semasa perhimpuann agung mereka yang menghunuskan keris, kononnya mahu mempertahankan ketuanan Melayu sebaliknya menghiris perasaan kaum lain.
Kedua. Bagi orang Cina mereka sangat menitikberatkan soal ekonomi memandangkan mereka menetap di bandar dan menjalankan aktiviti perniagaan serta makan gaji. keadaan ekonomi yang tidak stabil adalah satu sebab orang Cina beralih menyokong pembangkang.
Satu lagi berita ialah kajian yang dibuat dan dilapurkan oleh Malaysiakini.com.
Malaysiakini.com melaporkan, dua dari setiap tiga orang pemilih kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, menurut hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre. Tinjauan tersebut dijalankan antara bukan Oktober dan Disember tahun lalu.
Dengan terdedah nya kisah "Ali Baba" oleh pemerintah rasanya soal kedua yang merupakan alasan kecenderongan kaum cina boleh berubah sokongan, sudah selesai. Persoalaan pertama issue keris tumpul tak bersarong itu merupakan cerita basi yang senentiasa menjadi momok budak-budak hangat-hangat tahi ayam. Tahi ayam biasanya akan menjadi baja tanaman jangka pendek termasuk bunga di tanah tinggi Cameron Highland selepas 45 hari ayam di angkut ke pasar borong untuk menjadi lauk makan nasi atau di pasarkan oleh peniaga ayam goreng.
Penyelidikan yang dibuat oleh Merdeka Center hujong tahun 2006. Sekarang tahun 2007, bagi politik selepas 30 hari semua telah berubah. Cadangan mereka untuk buat penyelidikan baru itu wajar, ini kerana yang hidup itu manusia ianya sentiasa berubah-rubah. Oleh itu pembangkang jangan seronok sangat bukan begitu senang nak menang.
Yang memerintah banyak helah dan daya usaha mereka untuk mempertahankan kuasa, maklum sahajalah kalau hilang kuasa apa akan jadi !
Mari lihat cerita Ali Baba, ini bukan cerita baru. Ini cerita yang dah berlaku zaman berzaman lihat apa kata Sang Kelembai. Ali Baba merujuk kepada Ali iaitu orang Melayu dan Baba sebagai orang China.
JKR sendiri mengesahkan akan sikap Ali yang dapat tender kemudian menyerahkan kepada Baba. kesemua projek Ali Baba itu adalah projek yang diberi secara wahyu dengan bermacam nama antaranya "Runding Terus" dan "Bina Dan Serah".
Berdasarkan fakta yang diberikan secara rasmi oleh Kerajaan melalui sumber JKR sejumlah 85% projek kerajaan bertukar tangan dari orang Melayu kepada bukan Melayu. Tidak pula dikeluarkan data yang jelas, samada 85% jumlah harga projek atau jumlah banyaknya projek yang ditawarkan.
Kesimpulannya kisah Ali Baba bukan sahaja menjerumus kepada soal perniagaan yang diserahkan kepada bukan Melayu, yang setidak - tidaknya adalah warga negara Malaysia tetapi adakah kerana sikap Ali Baba itu maka sebahagian kontraktor bumiputra kerja-kerja pembinaan gagal menyiapkan kerja - kerja tersebut? Jika tidak siap itu satu kesilapan tetapi jika diserah kepada bukan Melayu, kerja-kerja pembinaan itu siapa yang sebenarnya bermasalah.
Rasanya itu semua bukan masalah, itu hanya wayang bagi menutup cerita yang boleh mempertahankan kuasa yang ada. Dengan adanya wayang-wayang ini semua kompenan akan happy dan dapat kekal berkuasa.
Pemimpin yang membangkang tahu ini sandiwara. hanya rakyat sahaja yang perlu diberi tahu.
Rakyat hendaklah pastikan otak sendiri digunakan sepenuhnya untuk berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan, walau dibidang apa sekali pun khususnya memberi kuasa kepada sesuatu pihak agar tidak sentiasa tertipu !
Kurang membaca tidak berilmu, malu bertanya sesat jalan ......
0 Comments:
Post a Comment
<< Home