Thursday, March 08, 2007

KUMAN YANG JAUH NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK


Amerika Syarikat pada masa ini menghadapi masaalah rakyat nya yang papa kedana meningkat ramai. Mengikut lapuran Al-Jazerah yang terbaru seramai 700.000 rakyat Amerika tidak mempunyai rumah dan tidur di kaki-kaki lima. Dan seramai 60,000 kanak-kanak juga menghadapi masaalah tidak ada tempat tinggal dan makanan difahamkan bahawa anak-anak tersebut adalah anak-anak luar nikah yang lahir daripada kehidupan sosial negara maju dan kaya itu.

Seorang wanita penduduk Washington berkata “beliau merasa malu sebuah negara kaya menghadapi masaalah rakyat yang tiada rumah dan makanan”. Di Washington sahaja seramai 7,000 rakyat bandar termaju dunia itu menghidupkan rakyatnya yang tidur di kaki-kaki lima dan tidak mempunyai makanan, mereka biasanya mencari makanan dari tong-tong sampah di luar kedai makan dan di luar rumah untuk mengisi perut.

Itu lah hasil bongkak pemimpin nya yang menjaja menjadi juara “hak asasi manusia” yang biasa nya menghebahkan bahawa merekalah yang menghulurkan bantuan kemanusiaan di seluruh pelusuk dunia yang dianggap miskin.

Pada masa ini juga peratus pengganguran adalah sebanyak 25% dari penduduk negara itu. Dan infelasi adalah yang tertinggi di dunia sekarang. Pemimpin Amerika dalam masa yang sama sedang merancang untuk menyerang Iran yang di anggap bahaya kepada Israil di rantau Teluk itu.

Perbelanjaan untuk perang yang telah di lakukan di Iraq dan Afganistan juga termasuk Iran kelak akan ditanggung dari wang minyak yang di curi dari Iraq. Sekutu Amerika di Iraq dan Afganistan sama-sama mencuri harta rakyat Iraq yang di kelolakan oleh Amerika. Hanya rakyat Iraq yang jujur dan cerdik sahaja yang bermati-matian berjuang menentang penjajahan Amerika bagi memastikan hasil mahsul rakyat Iraq tidak terus di curi oleh Yahudi Amerika dan sekutu-sekutu nya itu.

Munkinkah senario yang sama akan berlaku pula di negara kita dalam masa terdekat ini. Kehidupan sosial masyarakat kita juga nampak nya berlaku sehebat Amerika, sikit-sikit dah ada berita tinggal anak di tandas Masjid dan buang di tong-tong sampah. Memperbanyakkan lagi program hiburan hingga ke pagi akan dapat membantu meningkatkan peratus buang anak ini.

Soal kebiasaan hidup berkelamin tanpa nikah bagi anak-anak sekolah sudah menjadi lumrah, sebenarnya yang dibuat bancian itu satu negeri sahaja belum seluruh negara lagi. Kalau di seluruh negara jumlah itu akan nampak lebih kecil. Ibu bapa jaga lah anak sendiri, jangan harap guru mengajar mereka, ini kerana guru bekerja setakat waktu pembelajaran di sekolah sahaja.

Warga semua negara Islam tolong lah doákan agar perjuangan rakyat yang tertindas di Iraq dan Afganistan itu mendapat kejayaan. Itu pun kalau mampu buat bersama kawan-kawan yang bersimpati. Untuk semua rakyat yang pemimpin nya orang Islam membantu mereka rasa nya susah di lakukan sekarang kerana pemimpin OIC belum lagi bertaraf khalifah.

Semoga orang Islam seluruh dunia akan dapat melihat dan merasakan pemimpin OIC akan bertaraf khalifah satu hari kelak.

Tunggulah. ... Wallah huaálam.




0 Comments:

Post a Comment

<< Home