Wednesday, December 20, 2006

DAHULU, SEKARANG DAN HADAPAN


Lazim diperkatakan tiada dulu tiada sekarang. Tiada sekarang bagaimana kehadapan.

Keringat, usaha, hasil pemikiran orang dahulu merupakan perjuangan zaman mereka memegang tampuk kuasa dan berjabatan bagi perkhidmatan awam.

Ramai yang menganggap, persaraan adalah penamat kepada sebarang sumbangan. Apakah sumbangan daripada kumpulan cerdik pandai kita warga Malaysia yang sudah pun bersara ?


Kita melihat agak ramai senarai nama-nama cerdik-pandai Malaysia yang sudah bersara dari bidang akademik, professional dan perkhidmatan awam, kita memang kagum dengan martabat mereka, kebijaksanaan dan sumbangan. Kita hairan bagaimanakah perasaan mereka melihatkan segala legasi yang mereka tinggalkan kini terungkai sedikit demi sedikit dan dalam banyak kes sengaja dicabul dan dinoda.

Kebisuan mereka itu yang menjadi teka-teki. Kalaulah mereka rasakan negara ini sedang menuju ke arah yang betul dan legasi mereka berada di tangan yang layak menanganinya, mereka harus menyuarakan sokongan mereka. Mereka seharusnya menggalakkan pemimpin yang ada lebih berusaha lagi. Seandainya mereka tidak bersetuju, maka mereka harus maju ke depan dan menyuarakan kepada rakyat jelata kenapa mereka merasa tidak selesa.

Petua lama yang menganggap satu dosa besar untuk mengkritik para pemimpin tidak sepatutnya menjadi amalan hidup pesara-pesara ini. Mereka bukan orang terbuang, tiada siapa menolak mereka. Kalau suara menyokong apa yang dijalankan oleh pemerintah ada lah sesuatu yang baik mereka akan disanjung dan kerajaan munkin menimbang untuk menambah pencen mereka dan tentunya membawa kebaikan kepada negara. Tetapi kalau yang disuarakan merupakan teguran kepada kehancuran apa yang sedang dilakukan hanya pencen tidak dinaikkan, untuk dihentikan bayaran pencen belum lagi berlaku di dunia ini.

Adalah suatu yang menjadi lebih bermakna sekiranya tokok-tokoh yang telah bersara yang sebelum ini terlibat merangka dasar dan melaksanakan dasar yang diguna pakai di negara ini sehingga sekarang menzahirkan pandangan mereka buat masa ini sekiranya terdapat perubahan sama ada lebih baik atau telah hampir hancur, ini kerana ia dilakukan semasa dia sudah bersara.

Penulis dan penerbit perlu mencari pesara-pesara ini sama ada di Masjid, surau atau di padang golf untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku mutahir ini sama ada ianya merupakan satu kebaikan perubahan yang dilakukan atau satu keburukan yang boleh melibatkan mala petaka kepada rakyat keseluruhannya.

Hasil pengswastaan yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini telah diwarwarkan sebagai suatu projek yang terbaik bagi membantu rakyat di negara ini khususnya yang miskin, paling miskin dan berpendapatan rendah. Adakah hasilnya demikian sekarang ? Pesara-pesara kita itu adalah juga mereka yang terlibat dengan dasar-dasar tersebut. Dimana kah silap perlaksanaan nya yang menyebabkan timbulnya suara-suara rakyat yang melahirkan tidak puas hati dan menanggung kesusahan dengan himpitan ekonomi yang berlaku sekarang. Kalau pesara-pesara tersebut yang belum menjangkau tahap nyanyok sudah tentu dapat menzahirkan pendangan yang baik buat kita semua.

Tanggung jawab memastikan warga negara ini hidup makmur terletak juga ditangan mereka yang dulu nya terlibat dengan perancangan dan kesilapan perlaksanaan nya patutlah disokong atau disanggah dengan alasan yang mereka fikirkan logik.

Sebagai warga negara yang bertanggung jawab rasanya pesara-pesara kita itu akan memikul tanggung jawab mereka sekiranya ada saluran yang mahu menerbitkan luahan dan pandangan mereka tentang semua persoalaan yang dialami rakyat hari ini.

Yang penting penulis yang hampir dengan mereka khususnya di ibu kota kerana tokoh-tokoh cendiakawan, dalam semua bidang memilih ibu kota sebagai tempat istirehat mereka setelah bersara, tidak ramai yang pulang ke kampong setelah bersara walau pun kampong-kampong mereka dulu yang tidak membangun telah pun di bangunkan sekadar mudah dalam perjalanan dan perhubungan tetapi diluar standard ibu kota atau bandar raya.

Ibu Kota atau Bandar Raya besar lah tempat-tempat pesara beristerihat, pesara ada yang memilih Padang Golf yang baik-baik, ada yang memilih Masjid berhawa dingin itu lah tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa dalam situasi menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi yang indah permai ini.

Penulis perlu maklumkan juga kepada pesara-pesara bahawa warga negara ini ramai mengalami keperitan hidup walau pun hampir mencecah 50 tahun negara merdeka dimana silapnya perancangan mereka sebelum ini. Katakan bahawa ramai rakyat tahu menteri hanya mengarah tetapi sebagai ketua jabatan dan agensi mereka lah dulunya yang menulis, merangka bagi pihak kementerian apa yang baik buat rakyat. Tetapi kenapa hasilnya tidak sedemikian rupa. Dimana silapnya, sebab itulah mereka perlu membantu dengan menyuarakan pandangan mereka. Jangan lah nanti gugup untuk menjawab apa bila dipersoalkan di padang mahsar.

Kita bershukur Allah melahirkan mereka, kita juga berterima kasih atas sumbangan mereka dan kita menyanjung sekiranya mereka terus menyumbang membetulkan perlaksanaan yang dilakukan sekarang demi masa depan cucu-cucu mereka. Itu lah sumbangan manusia sebelum dipanggil pulang oleh malaikat maut yang akan sampai giliran setiap manusia yang bernyawa.

Firman Allah swt bermaksud:"Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati." (Surah Ali Imran, ayat 185).

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Orang yang sempurna akalnya (yakni cerdik dan pintar) ialah orang yang suka memeriksa dirinya sendiri, di samping banyak beramal sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Ada pun orang yang lemah (yakni yang bodoh) pula ialah orang yang Selalu mengikut runtunan hawa nafsunya dan berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal)." (Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

pandangan marhain


0 Comments:

Post a Comment

<< Home