PBB khadam zainos: Iran tidak kisah sekatan.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai KHADAM kepada zainos telah mengundi sebulat suara mengenakan sekatan ke atas
Namun Iran dengan segera menolak resolusi tersebut. Dan menggangap resolusi tersebut hanya `kertas sampah yang tidak bernilai'.
“Ia merupakan tindak balas segera terhadap resolusi,” kata perunding tertinggi nuklear Iran, Ali Larijani yang dipetik oleh akhbar Kayhan.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, negara kuasa besar dunia akan menyesal kerana tindakan mereka sendiri.
Ketika bercakap kepada kumpulan veteran Perang Iran-Iraq di dalam bangunan bekas Kedutaan Amerika Syarikat di sini, beliau berkata: “Ini tidak akan memusnahkan negara Iran, tetapi pihak yang mengeluarkannya akan menyesal terhadap tindakan bodoh dan pengecut itu.”
Resolusi 1737 diluluskan oleh 15 anggota majlis itu mengarahkan semua negara “membekukan dana, aset-aset kewangan dan sumber-sumber ekonomi” dimiliki oleh individu atau entiti yang mempunyai hubungan dengan “aktiviti sensitif kawalan senjata atau pembangunan sistem senjata nuklear.”
Amerika Syarikat sebagai budak suruhan zainos beria-ia sangat untuk mengenakan sekatan itu menyatakan bahawa ia akan terus mendesak Teheran dengan Setiausaha Rendah Negara Bagi Hal Ehwal Politik, Nicholas Burn berkata, “resolusi sahaja tidak memadai.”
“Kami mahu masyarakat antarabangsa mengambil tindakan selanjutnya... kami mahu melihat negara-negara menghentikan urusan perdagangan dengan Iran,” ujarnya. Itu lah cakap-cakap budak suruhan zainos menggunakan PBB sebagai kuda tunggang nya. Negara-negara yang menyokong pula adalah negara-negara yang bodoh dan pengecut.
Iran telah mengumumkan dua strategi segera hari ini, kira-kira 12 jam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan sekatan untuk menamatkan program nuklearnya yang kontroversi.
Pertama, Teheran mengumumkan ia akan meneruskan dengan segera kerja-kerja pengayaan uranium dan keduanya, Parlimen Iran bersetuju dengan kadar segera mengundi rang undang-undang yang membolehkan kerajaan mengkaji semula kerjasama yang diberi kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
“Bermula pagi Ahad (hari ini), kami akan memulakan kerja-kerja di Natanz iaitu tapak 3,000 mesin emparan dan kami akan melakukan dengan kadar yang cepat.
Seorang lagi kaldai zainos ialah, Ketua Pengarah IAEA, Mohamed ElBaradei, beliau dengan gembira berkata, agensinya akan meneruskan siasatan ke atas program nuklear Iran dan akan melaksanakan “bahagian-bahagian berkenaan resolusi yang berkaitan dengan tugas-tugasnya.”
Semua yang terlibat adalah lembu-lembu zainos yang diupah berkerja untuk nya. Manusia yang bertugas di PBB itu pun manusia yang perlu makan, mereka bertugas demi perut bukan demi negara sangat. Jangan lah membohongi mana-mana warga negara termasuk rakyat Malaysia, kalau tak kerana cari makan, tak ada gaji hendak ke manusia itu buat kerja di situ.
Demi wang mana ada lagi pemimpin dan pekerja negara-negara dunia ini yang ada maruah, pada mereka shit dengan maruah. $$$ penting buat mereka sementara badan boleh bernyawa.
Lihat sahaja lah telatah manusia yang bergelar pemimpin hari ini itu !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home