Monday, December 31, 2007

Selamat Menyambut Tahun Baru

Kepada

Semua Warga Malaysia

Tahun lama telah berlalu, tahun yang baru muncul. setahun lagi umor kita meningkat tua. Kalau yang lahir 10 tahun sebelum merdeka ianya sudah menjangkau umor veteren dan akan masuk kumpulan senior sitizen tidak berapa lama lagi. Umor sedemikian digelar juga sebagai kumpulan "kubur kata mari" .

Bagi yang muda sudah mula meningkat dewasa tidak banyak dapat kita tegur semua anak sekarang pandai2 dan tahu apa mereka patut dan boleh lakukan, sama ada baik atau buruk ianya digalakkan oleh pihak-pihak yang banyak menghidangkan kepada mereka.

Malam tahun baru begini bagi anak-anak muda sudah tentu hiburan yang dikejar, kerana buka mata setiap penjuru alam negara ini dipenuhi dengan program hiburan tidak kurang kelihatan ibu bapa juga turut sama terhinjut-hinjut berhibur dengan anak-anak mereka menari.

Soal barang naik, tol naik, belanja tak cukup dengan pendapatan jadi lupa dek kerana seronok berhibur. Itulah pael orang melayu zaman glokal. Malam 31 Disember malam hiburan, berseronok dulu susah cerita besok. Dirumah-rumah ibu, bapa dan seluruh keluarga mengadap TV berhibur dengan program yang disediakan sampai tengah malam.

Malam inilah artis, penyanyi lama dan baru dijulang ibarat mereka lah yang menghidupkan manusia di dunia ini, tanpa mereka lesu dan lemah longlailah dunia malaysia ini tanpa hiburan.

Semoga hiburan-hiburan yang di persembahkan ini tidak pada pagi besok tahun baru meninggalkan kenangan buruk kepada mereka yang seronok berhibur itu. Dan dalam kita seronok berhibur jangan pula lupa yang TUA akan mati dan yang MUDA juga akan mati kalau malikal maut dah dapat arahan untuk cabut nyawa.

Mulai besok 1 Januari ingatlah dan lakukanlah sesuatu untuk menyenangkan kita 12 bulan yang akan datang. Apa yang perlu bagi kita fikir sendiri, kalau susah usaha sendiri jangan menyusahkan orang, kalau senang seronok lah sendiri, kalau sakit carilah ubat, kalau rasa dah nak mati cepat tinggalkan yang buruk buat yang baik, bertaubat dan jangan lagi tinggalkan sembahyang.

Kalau ada yang rasa tinggal di negara ini susah ikhtiarlah buat perubahan, dan kalau tak mahu terlibat buat perubahan jangan dedahkan rasa hati atau pilihan yang lain bagi sesetengah warga yang rasa tak puas hati dengan orang melayu bawa-bawa pindah dari negeri ini. Pendapat terbaik ialah mana-mana orang yang rasa tak seronok hidup di negara ini carilah negeri lain yang boleh menyeronok.

Tahun 2008 ini jangan banyak labun, sampai masa buat keputusan. Buatlah pilihan yang terbaik bagi tahun-tahun yang akan datang dengan harapan kita masih terus hidup.

Selamat tahun baru.