Monday, November 27, 2006

”Apabila saorang anak Adam mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sadakah jariah, atau ilmu yang memberi manafa’at kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdo’a-do’a untuknya” (Riwayat; Muslim)



KONGRES UMAT ISLAM SE-MALAYSIA 1 KUISE

"MEMPERKASAKAN UMAT
MERELIASASIKAN AGENDA
MENEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM"

AKAN BERLANSUNG PADA
2 - 3 ZULHIJJAH 1427 H
23 - 24 DISEMBER,2006

DI DEWAN JUBLI
POLITEKNIK UNGKU OMAR
JALAN RAJA MUSA MAHADI,
IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN


DENGAN KERINGAT, DENGAN PENGORBANAN, DENGAN MARUAH

"DARI UMAT UNTUK ISLAM"


Bagi menjayakan Kongres Umat Islam yang pertama kali diadakan ini,Marilah sama-sama kita INFAQKAN (BERSEDEKAH) harta kita bagi membiayaai Kongres ini untuk Memertabatkan Islam dalam Kehidupan Masyarakat dan Negara melalui:

Sumbangan dari setiap mu’min: Ahli Pesara, Peniaga, Ahli Professional, Ahli Akademik, Mahasiswa, Pendidik,Seniman, Aktivis NGO, Usahawan, kakitangan Awam, Polis, Tentera, Pekerja Swasta, Pendakwah dan tidak ketinggalan PEMIMPIN SETIAP PARTI POLITIK DIHARGAI. Semoga sentiasa di berkati Allah. InasAllah.

SUMBANGAN WANG BOLEH DIMASUKKAN KEAKAUN;
KONGRES UMAT ISLAM SeMALAYSIA
NO. AKAUN : 08013010061047 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

Tuesday, November 21, 2006

BERITA TERBARU

MENTERI PERINDUSTERIAN LEBNON PIERRE GEMAYEL DI BUNUH

Telah ditembak di Beirut semasa memandu dan telah mati setelah sampai di Hospital.

Setakat ini anak Rafeq Hariri bekas Perdana Menteri Lebnon yang juga mati dengan letupan bom sebelum ini menunding jari kepada Syaria yang dianggap bertanggung jawab terhadap pembunuhan itu, sama saperti pembunuhan bapanya.

Dilihat daripada lapuran berita terbaru dan gambar yang dipaparkan, Gemayel telah di tembak dengan beberapa das tembakan, melihat kesan lubang yang terdapat pada cermin kereta yang beliau naiki.

Pierre Gemayel adalah adik kepada Amien Gameyel yang pernah menjdai Presiden Lebnan sebelum ini.

Pembunuhan ahli politik di Lebnan sudah jadi kebiasaan, walau bagai mana pun setiap ahli politik Lebnan di bunuh tuduhan akan di tujukan kepada Syaria yang merupakan paksi pengganas Islam.

Bagi kematian menteri yang terbaru ini macam sudah dirancang awal, setelah beberapa jam berlaku semua yang ditemuramah semua menuduh Syaria terlibat. Mereka semua terlupa memberi peluang Kerajaan yang dipilih oleh rakyat Lebnan berhak menyisat dahulu siapa yang melakukan nya sebelum terus menuduh Syaria.

Yang di bunuh ini dari kalangan Keristian yang konon nya mendapat sokongan banyak rakyat Lebnon. Walau apa pun agama mereka yang dibunuh tuduhan tetap kepada orang Islam yang ganas yang di taja oleh Syaria.

Inilah dunia yang dikuasai oleh Barat, Semua kemudahan perhubungan IT,TV yang mereka kuasai jawapan kepada soalaan siapa yang bertanggung jawab di Lebnon ialah Syaria. Setelah disiasat kelak munkin Iran akan dapat sikit habuan dari kejadian ini.

Untuk pengetahuan umat Islam di Malaysia, di Lebnon ini ada juga puak Setan yang baru-baru ini berperang dan menyerang Lebnon selama 30 hari duduk sebagai rakyat Lebnon. Tidak kurang juga puak-puak sesat agama yang berhati yahudi menyokong yahudi berlepak dengan bebas di Lebnon.

Orang-orang bukan Islam ini tidak di tuduh, kerana mereka ini baik-baik dengan Setan. Dalam kaca mata pemimpin Setan macam Bush, Bleir dan Howerd. Howerd yang dekat dengan kita pun sama juga perangainya dengan dua ekor Setan besar tu. Apa juga berlaku yang melakukan yang buruk-buruk ini orang Islam yang konon nya ganas dan Negara Islam yang tidak ikut dicucuk hidong oleh Setan itu tetap di angap paksi pengganas.

Yang sebok menuduh Syaria ini macam semua nya dirancang awal-awal skrip lakunan ini. Dan yang lawak tengok ialah setengah jam selepas kejadian Saad Hariri terus tuduh Syaria, yang juga maseh benci Syaria yang kononnya juga bertanggung jawab membunuh bapak dia. Puak-puak ini lansung tidak terlintas memikirkan yang Setan-setan yahudi yang berkeliaran di itu melakukan kerja terkutuk itu.

Hisbullah dengan jelas mengutuk kerja-kerja setan itu. Dan mendesak kerajaan yang sah dan pegawai keselematan yang mengawal menteri itu patut menyisat dan bertanggung jawab atas kejadian tersebut.

Pada manusia yang libral yahudi yang hidup di luar tanah Palestin yang di rampas semuanya baik dan tidak melakukan kejahatan macam puak mereka yang ada dalam jewis state itu.

Ini lah dunia kita sekarang, orang Islam kononnya semuanya jahat dan ganas. Di negeri kita pun nampaknya ada orang Melayu yang berfaham sama dengan puak mereka ini yang telah menuduh ulamak kita penipu dan temberang besar. Baca laman-lam web yang menulis dengan menggunakan bahasa penjajah (inggeris) yang menulis dan menuduh orang Islam macam yahudi.

SEMUA YANG BURUK DAN KEJI SEKARANG NAMPAKNYA DILAKUKAN OLEH ORANG ISLAM apalah nasib umat diakhir zaman ini.

Inilah dunia yang terlalu mengagung-agungkan duit.wang, doller atau ringgit. Hati mereka ini dibutakan dengan fahaman Islam. Do’a kita semuga mereka ini tidak terus sesat, syirik dan jadi munafik. Semuga Allah melindungi mereka-mereka ini.

Untuk hidup didunia ini diharap tidak semuanya mementingkan wang dan kehidupan dunia lebih-lebih sehingga lupa semuanya akan masuk kubuh bila-bila masa saja.

Ingatlah selalu HIDUP DAN MATI kuasa menentukan nya tidak ada ditangan manusia. malaikat maut sahaja yang tahu...

BILA kita akan dicabut nyawa oleh nya.

Tuesday, November 14, 2006

PENGUMUMAN

Tambahan maklumat

TERAS Pengupayaan Melayu, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI`Y) dngan kerjasama Pusat Khidmat Sosial Islam - PAKSI

Menganjurkan

KONGRES
UMAT
ISLAM
SE-MALAYSIA 1

"MEMPERKASAKAN UMAT
MERELIASASIKAN AGENDA
MENEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM"


AKAN BERLANSUNG PADA
2 - 3 ZULHIJJAH 1427 H
23 - 24 DISEMBER,2006

DI DEWAN BESAR
POLITEKNIK UNGKU OMAR
JALAN DAIRY, IPOH


PERASMIAN OLEH

DYTM RAJA MUDA PERAK

AGENDA Hari Pertama

UCAP UTAMA MEMPERKASA UMAT-MEREALISASIKAN AGENDA
MENEGAKKAN KEDAULATAN ISLAM

Pembentangan 1 BICARA DARI HATI NURANI ULAMA

Pembentangan 2 Memperkukuh Agenda Pendidikan Islam - Suatu Penilaian
Untuk Melakar Masa Depan Umat.

Pembentangan 3 Cabaran Aliran Pemikiran Islam Semasa

Pembentangan 4 Perjuangan Penerapan syariah Dalam Kehidupan Ummat-
Pengalaman Indonesia

Pembentangan 5 Menggaris Agenda Ummat membina kekuatan Sosial -
Menterjemah Fungsi amar Maaruf Nahi mungkar

Pembentangan 6 Memperkasa gerakan Masyarakat Madani Islam

Malam FORUM PERDANA KONGRES
Siasah dan Kepimpinan Ummat - mencari titik kesepakatan

HARI KEDUA

Pembentangan 7 Membangun Kekuatan Ekonomi Umat Berdikari - Menggaris Agenda Bertindak.

Pembentangan 8 Membina Kekuatan Intellektual Ummat mnghadapi Cabaran Pensejagatan

Pembentangan 9 Memperkasa Institusi-institusi Islam - Suatu Analisa Kritis dan Cadangan Pengukuhan

Pembentangan 10 Mengarus-perdanakan Syariah dalam Kehidupan Ummat Bernegara

Pembentangan 11 Raja Sebagai ketua Agama - Menjaga Kemuliaan dan Izzah islam

Pembentangan 12 Membina gerakan Pemuda dan Wanita Muslim yang Berkesan - Kearah Melahirkan
Generasi Pewaris Perjuangan mendaulatkan Islam

Pembentangan 13 Garis Besar Tuntutan Mendaulatkan Islam

AHLI PANEL

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Prof Dr Mohammad kamal Hassan
Prof madya Dr Sidek Baba
Prof Dr Khalijah Mohd Salleh
Ustaz Abdul Ghani samsuddin
Datuk Syeikh Azmi Haji ahmad
Prof Dr Awang Sarian
Prof Madya Dr Hassan Basri
Prof Madya Dr. siti Zulaikha Mohd. Nor
Prof Madya Abdul Salam Karnadi
Dr Kamarulzaman Yusof
Dr Muhammad Nur Manuty
Dr Arsyad Taib
Datuk Dr Siddiq Fadhil
Dr Azizan Baharuddin
Dr Zaini Hamzah
Dr Ghazali Basri
Dr Wan Salim Wan Mohd. Nor
Dr Fadhullah Jamil
Ust Salleh Hj Ahmad

DENGAN KERINGAT, DENGAN PENGORBANAN, DENGAN MARUAN

"DARI UMAT UNTUK ISLAM"

Seramai 2000 perwakilan dan 5000 pemerhati dari seluruh Negara akan berkumpul di IPOH.


untuk PENYERTAAN dan
KETERANGAN LANJUT

SILA HUBUNGI

Sekretariat TERAS Pengupayaan Melayu Tel/Fax: 04-4571712

dan JAMAI'Y d/a Masjid Sultan Idris Shah 11 (MASJID NEGERI) IPOH. PERAK Tel: 0195550464


Marilah sama-sama kita INFAQ harta kita bagi membiaya Kongres ini untuk Memertabatkan Islam dalam Kehidupan Masyarakat dan Negara melalui:

SATU KUTIPAN JUMAAT SATU MASJID

SECUPAK BERAS SATU KELUARGA

SEKILA TANGKAPAN IKAN SEORANG NELAYAN

SEKILA GETAH SEORANG PEKEBUN

Sumbangan dari setiap: Ahli Pesara, Peniaga, Ahli Professional, Ahli Akademik, Mahasiswa, Pendidik,
Seniman, Aktivis NGO, Usahawan, kakitangan Awam, Polis, Tentera, Pekerja Swasta, Pendakwah ADALAH
SANGAT-SANGAT DIALU-ALUKAN.

Monday, November 13, 2006

HAK ASASI DAN KEBEBASAN MANUSIA

Diakhir-akhir ini ruang angin dan udara Malaysia dicurah dengan cerita-cerita murtad yang berlaku dikalangan orang melayu yang telah dari datuk dan nenek jenerasi yang ada hari ini menganut agama Islam.

Sesetengah pengkaji dan penulis cerita mengatakan Islam mula dianuti oleh orang melayu sejak dari zaman Raja Paramaswara yang mula memeluk Islam, versi pengkaji dan penulis lain pula menulis Islam dianuti oleh orang melayu yang mengikut raja mereka di Langkasuka lagi, dan berikutnya bangsa melayu telah berkembang hasil kawin campur antara melayu di Langkasuka dengan pendatang yang datang dari China dan India yang juga menganut agama Islam.

Melayu yang ada dari zaman kerajaan Langkasuka ini ramai memenuhi Negeri Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan dan Terengganu sekarang. Bagi sesetengah yang tahu asal usul mereka ini, mereka dikenali dengan melayu petani.

Sejarah bangsa melayu dengan Islam ini bukan perkara baru di Tanah Melayu, dan sekarang Malaysia. Ini cerita lama walau pun tidak selama rakyat China yang mula memeluk Islam ia itu sekitar 1400 tahun lalu.

Memeluk Islam atau menganut agam Islam sahaja berbeza dengan hidup cara islam atau (Adeen).

Malaysia dan kerajaan yang ada telah bersetuju menerima pakai ketetapan antara bangsa tentang hak asasi manusia, dengan sebab itu kerajaan bersetuju menubuhkan suhakam. Setakat mana kuasa dan hak tugas badan itu boleh bertindak tidak perlu dihuraikan baca sendiri lama web suhakam.

Kita sebagai rakyat kebebasan yang kita ada itu sudah cuckup untuk bergerak, bercakap, berangan-angan, berkawan dan sebagainya. Tetapi tolonglah gunakan kebabasan yang ada itu dengan had-had tertentu.

Contohnya kebasan berkata-kata, janganlah sampai menyinggung perasaan orang lain. Kebabasan melakukan sesuatu, janganlah sampai terlalu senang pukul dan bunuh orang, dan kebebasan boleh berdua-duaan dengan pasangan ditempat awam atau ditaman-taman, janganlah sampai berbogel berua-duan dikalayak awam.

Ertinya kebasan yang ada janganlah disalah guna, disalah tafsir atau boleh dikatakan kebesan yang melampau sehingga membelakangkan perasaan orang disekeliling kita.

Sedarlah dunia ini dipenuhi dengan berbagai bangsa, puak,suku-suku, dengan sebab itu ada Melayu, China, Tamil, yahudi, arab dan berbagai-bagai lagi. Mereka dengan fahaman agama mereka sendiri, ada yang percaya adanya Tuhan, ada yang tidak percaya adanya Tuhan. Itu terpulang kepada hak masing-masing.

Di Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum ini setiap kita yang mempunyai kebebasan, TOLONG lah walau apa pun bangsa anda dan kepercayaan anda, amallah pendekatan jangan campu dan sebok persoalaan yang bukan dari bangsa atau khasnya Agama yang anda anuti. Kalau anda bukan Islam jangan campur dan jangan nak sibok urusan orang Islam.

Tak kisahlah penulis ke, ahli politik ke kalau anda sendiri bukan penganut agama Islam jangan nak sebok komen urusan orang Islam. Olih kerana ada yang jadi penyebok ini lah perkara yang tak kecoh jadi kecoh. Yang dah terkomen dan terkata tu, ambil pendekatan diam jangan tulis komen lagi, biarkan orang yang menganut agam Islam sahaja uruskan hal mereka.

Kita di Malaysia ini, kalau ingin hidup aman damai persolaan Agama dan kepercayaan kalau tak tahu jangan jadi penyebok, macam ada yang komen tugas Mufti. Mufti ini seorang sahaja bagi satu Negeri dan yang melantik nya DYMM Sultan. Sultan tahu siapa orang yang dia lantik dalam semua aspek, kalau yang bukan Islam tak tahu apa-apa fungsi dalam Islam janganlah nak pandai-pandai komen tugas mufti. Dia tahu tugas yang di amanahkan oleh DYMM sultan kepada dia.

Saya perhatikan diakhir-akhir ini semua nak sebok menulis pasal murtad termasuk yang tidak menganut agama Islam. Terbaru kisah demonstrasi dihadapan gereja Jalan Silibin Ipoh dan sumber maklumat melalui sms.

Hukum dalam Islam bagi yang murtad dan mengapa ada hukum itu, dan adanya hukum itu dalam Al-quran tak tahu. Oleh itu bagi yang tidak Islam TOLONG lah berhenti menyebok. Biar orang Islam sahaja urus persoalaan ini. Ambillah pendekatan dengan hati yang terbuka bahawa sesiapa sahaja yang tidak menganut agama Islam, benarkan orang Islam melaksanakan kepercayaan nya dan anda buatlah dan komenlah soal-soal tentang agama kepercayaan anda.

Kalau ada yang tak percaya diri dilahirkan didunia ini dengan kehendak Allah, buat lah dengan kepercayaan sendiri dengan hak asasi dan kebebasan yang dibenarkan oleh pemerintah, jagalah jangan sampai menyinggung perasaan orang di sekeliling anda dengan pemahaman dan kepercayaan masing-masing.

TOLONG LAH MANUSIA SEMUA. Hormati dan nikmatilah kebebasan dengan tertib dan bersikap lah sebagai manusia yang waras.



pak Tani

Monday, November 06, 2006

SADDAM WIRA ISLAM

Dunia telah dipamirkan dengan jangkaan saorang lagi wira Islam sunnah akan disahidkan kerana menentang kehendak saitan barat (meminjam gelaran yang digunakan oleh Chavez dari Vanesuala) terhadap Bush dan Bleir.

Setan yang berpengaruh telah berjaya menghapuskan mana-mana pemimpin dunia yang tidak sependapat dan menentang mereka selama ini, dan sekarang dari kalangan orang Islam dalam misi menentang pengganas.

Setiap orang Islam adalah pengganas bagi yahudi, dengan kehendak (yahudi) tuhan duit dan kuasa bagi setan-setan berdua dari barat itu. Maka mereka pun melancarkan perancangan menggelar, mencari dan menghapus orang Islam yang digelar pengganas.

Didalam misi untuk menghapuskan seseorang pemimpin Islam yang akan sama menjadi mangsa (bunuh dua burong dengan satu baru) ialah termasuk orang Islam yangn terdiri dari kanak-kanan, surirumah dan laki-laki rakyat yang tidak berdosa.Dalam erti kata lain ialah penghapusan umat Islam dijalankan serentak.

Sebenarnya dunia ini terbahagi kepada dua, satu untuk Islam satu untuk barat. Mereka dengan fahaman dan kepercayaan agama yang sesat dan tunggang langgang dan kita yang bercita-cita mendamaikan dunia dengan sunah Rasullallah. Persoalaan nya siapa sebenar manusia pengganas ini?

Yang menceroboh dan membunuh rakyat sesebuah Negara diangggap pejuang bagi yang berfahaman tunggang langgang di dunia ini. Yang kena ceroboh dan kena bunuh dan yang mempertahankan maruah bangsa dan tanah air dianggap pengganas oleh mereka dan kuncu-kuncu mereka termasuk sebahagian umat Islam. Apa nak jadi dah dengan dunia ini.

Pergolakan dikalangan umat Islam memang kecoh. Ada puak yang menggangap puak seah tidak betul dan begitulah disebaliknya. Kalau sekarang Ahmedinajed yang berani mengecam Bush, Blair dan Olmert sebagai Setan merupakan wira puak seah, dan dengan tumbangnya Saddam siapa ganti beliau bagi pihak sunnah?

Ada Wira Islam yang maseh diburu Setan-setan itu dan kuncu-kuncunya dikalangan orang yang mengaku islam sunnah ia itu Osama Laden tetapi beliau bukan pemimpin yang bernegara. Beliau juga pelarian dikalangan pemimpin mazahab beliau sendiiri.

Ya Allah lahirlah seorang pemimpin yang mempunyai negeri dan rakyat dikalangan umat Islam yang berfahaman sunnah sebagai ganti Saddam Hussin yang akan engkau ambil nanti. Amin.. ..

Pak Tani