Saturday, December 30, 2006

SADDAM HUSSEIN DI GANTUNG

Terbaru di hebahkan ke seluruh pelusuk bumi dunia ini, bekas presiden Iraq itu telah menjalani hukuman gantung yang di kenakan oleh regim penjajah yang memerintah Iraq sekarang pada jam 3.50GMT 30 Disember, sebagai penutup tirai tahun 2006.

Dengan terlaksananya hukuman yang dijatuhkan oleh puak-puak yang berkuasa di Iraq itu yang mengandungi puak kurdis dan seah, maka berakhirlah kononnya era Saddam dan kabilan puak Sunnah yang berkuasa secara kuku besi selama ini di Iraq.

Kediktatoran puak sunnah yang memerintah bumi arab di telanjang dan didedahkan kepada dunia bahawa mereka-mereka ini adalah pemerintah kuku besi yang memerintah dunia arab.

Yang sedang berkuasa tersenyum melihat setan yang memerintah dunia digunakan oleh puak seah dan kurdis menelanjangkan Saddam Hussein dan kroni-kroninya kepada dunia. Yahudi gembira melihat metlamat mereka menghancurkan pemerintahan puak sunniah di Iraq tercapai dengan kerjasama orang-orang kurdia dan saeh yang makan diatas tapak tangan setan amerika sebelum ini.

Mereka yang memerintah Iraq hari ini adalah mereka yang lari dari Iraq dan ditanggung makan oleh amerika untuk dihantar balik ke Iraq memerintah negara tersebut dengan perangan Yahudi.

Lihat lah dunia Islam dengan umatnya yang sentiasa memikirkan persoalaan hidup untuk diri sendiri, untuk berkuasa, untuk kaya, untuk mewah, untuk berbagai lagi demi perut sendiri. Jangan tanya yang menjadi mangsa siapa. Itu lah pencapaian puak-puak dan fahaman- fahaman agama yang hidup di bumi arab dan telah juga berjangkit di bumi-bumi orang Islam lain di dunia yang terbentang luas oleh Allah ini.

Hari ini giliran Saddam diambil nyawanya oleh munkar nangkir, hukuman yang dijalankan merupakan penyebab saja yang di tentukan oleh Yang Maha Esa. Besok hari Ahad umat Islam khususnya Islam sunnah akan menyambut hari raya Aidil Adha, hari yang mana juga dilaksanakan korban. Hari ini Sabtu merupakan hari buat Yahudi melaksanakan korban mereka dengan yang dikorbankan ialah Saddam Hussein.

Perang yang di istiharkan oleh zainis amerika yang dikepalai oleh Bush dengan kerjasama Bleir terhadap Islam telah mendatang kan hasil, seorang yang dikatakan diktator oleh media barat telah menjalankan hukuman nya hari ini, oleh itu lihatlah pemimpin dunia yang beragama Islam, kalau kamu tidak tunduk dengan kehendak setan-setan zainis itu kamu juga akan menerima nasib yang sama. Yang menentang macam kroni-kroni Sadam Hussein terhadap pencerobohan kafir dibumi mereka dijangka mendapat shahid disisi suhadah yang lain di alam akhirat kelak. Yang takut menentang dan terus tunduk akan kehendak setan amerika mati juga menghadapi mati diatas katil macam ayam-ayam yang dijangkit vairus.

Oleh itu marilah kita cermin diri kita dalam persoalaan perang menghancurkan Islam oleh setan-setan yang menguasai dunia hari ini itu. Yang paling perlu diberi perhatian ialah perang halus mereka melalui saluran mudah yang menular disekeliling kita di Malaysia ini.

post oleh: petani.


Thursday, December 28, 2006


Satu Kajian: Iran perlu kuasa Nuclear


Petikan dari berita yang diterima melalui email, satu kajian oleh satu pihak berhubung dengan keperluan rakyat Iran.

Iran’s claim to need nuclear power may be genuine, given that it could run out of oil to export as soon as eight years from now, according to an analysis published on Dec. 26 by the National Academy of Sciences.


The study’s author, Roger Stern, a researcher at JohnsHopkins University in Maryland, said investment in Iranian oil production had been inadequate to offset oil field declines and the explosive growth in domestic demand.

"I’m not saying that Iran will have no oil in eight years," Stern said in a telephone interview. "I’m saying that they will be using all of it for themselves."

The analysis, published in the latest issue of Proceedings of the National Academy of Sciences, said the Iranian government could become "politically vulnerable" from declining exports.

Oil exports account for about 70 percent of Iranian government revenue, said Stern, of the university’s department of geography and environmental engineering.

He projected that in five years, Iranian oil exports may be less than half their present level, and could drop to zero by 2015.

"It therefore seems possible that Iran’s claim to need nuclear power might be genuine, an indicator of distress from anticipated export revenue shortfalls," he wrote. "If so, the Iranian regime may be more vulnerable than is presently understood."

Iran has vowed to boost its uranium enrichment drive despite new U.N. sanctions approved on Dec. 23 aimed at rolling back a nuclear program that the West fears is a prelude to atomic weapons.

U.S. Undersecretary of State Nicholas Burns called on Japan, Europe, Russia and China to stop "business as usual" with Iran "to drive up the cost to the Iranians of essentially doing what they’re doing" with uranium enrichment.

dibawa oleh petani.

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil Adha

PAKSI Negeri Perak dengan kerjasama Jawatan Kuasa Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
menjemput muslimin dan muslimat serta keluarga masing-masing
yang mengikuti pengajian hadis mingguan
Hadir
Sambutan Hari Raya Korban
yang akan diadakan saperti berikut:

TARIKH: 11 Zulhijjah 1427 bersamaan 1hb.Januari,2007 (hari KEDUA)


MASA: Bermula 7.00 pagi

Sila bawa anak-anak untuk melihat acara mengkorbankan lembu

(Menyembelih Korban )


TEMPAT; PERKARANGAN MASJID SULTAN AZLAN SHAH

Jalan Raja Musa Mahadi

(Dihadapan Politeknik Ungku Omar, IPOH.


PERLU DI BAWA: pisau/ alat untuk bantu kerja memasak


ATURCARA; Melaksanakan KORBAN (MENYEMBELIH LEMBU)

Melakukan kerja-kerja memasak untuk jamuan tengah hari.

TASKIRAH: IBADAT HAJI dan KORBAN

Oleh AF Ustaz Khairul Anuar Ahmad

Pengerusi, PAKSI Perak

Makan Tengah Hari

Solat Zohor…/ Bersurai

kenyataan oleh: Setiausaha PAKSI Perak.

Monday, December 25, 2006

PBB khadam zainos: Iran tidak kisah sekatan.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai KHADAM kepada zainos telah mengundi sebulat suara mengenakan sekatan ke atas Iran, setelah Iran ingkar menggantung pengayaan uraniumnya, meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas kerajaan bagi membuktikan ia tidak menghasilkan senjata nuklear.

Namun Iran dengan segera menolak resolusi tersebut. Dan menggangap resolusi tersebut hanya `kertas sampah yang tidak bernilai'.

“Ia merupakan tindak balas segera terhadap resolusi,” kata perunding tertinggi nuklear Iran, Ali Larijani yang dipetik oleh akhbar Kayhan.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, negara kuasa besar dunia akan menyesal kerana tindakan mereka sendiri.

Ketika bercakap kepada kumpulan veteran Perang Iran-Iraq di dalam bangunan bekas Kedutaan Amerika Syarikat di sini, beliau berkata: “Ini tidak akan memusnahkan negara Iran, tetapi pihak yang mengeluarkannya akan menyesal terhadap tindakan bodoh dan pengecut itu.”

Resolusi 1737 diluluskan oleh 15 anggota majlis itu mengarahkan semua negara “membekukan dana, aset-aset kewangan dan sumber-sumber ekonomi” dimiliki oleh individu atau entiti yang mempunyai hubungan dengan “aktiviti sensitif kawalan senjata atau pembangunan sistem senjata nuklear.”

Amerika Syarikat sebagai budak suruhan zainos beria-ia sangat untuk mengenakan sekatan itu menyatakan bahawa ia akan terus mendesak Teheran dengan Setiausaha Rendah Negara Bagi Hal Ehwal Politik, Nicholas Burn berkata, “resolusi sahaja tidak memadai.”

“Kami mahu masyarakat antarabangsa mengambil tindakan selanjutnya... kami mahu melihat negara-negara menghentikan urusan perdagangan dengan Iran,” ujarnya. Itu lah cakap-cakap budak suruhan zainos menggunakan PBB sebagai kuda tunggang nya. Negara-negara yang menyokong pula adalah negara-negara yang bodoh dan pengecut.

Iran telah mengumumkan dua strategi segera hari ini, kira-kira 12 jam selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara meluluskan sekatan untuk menamatkan program nuklearnya yang kontroversi.

Pertama, Teheran mengumumkan ia akan meneruskan dengan segera kerja-kerja pengayaan uranium dan keduanya, Parlimen Iran bersetuju dengan kadar segera mengundi rang undang-undang yang membolehkan kerajaan mengkaji semula kerjasama yang diberi kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Bermula pagi Ahad (hari ini), kami akan memulakan kerja-kerja di Natanz iaitu tapak 3,000 mesin emparan dan kami akan melakukan dengan kadar yang cepat.

Seorang lagi kaldai zainos ialah, Ketua Pengarah IAEA, Mohamed ElBaradei, beliau dengan gembira berkata, agensinya akan meneruskan siasatan ke atas program nuklear Iran dan akan melaksanakan “bahagian-bahagian berkenaan resolusi yang berkaitan dengan tugas-tugasnya.”

Semua yang terlibat adalah lembu-lembu zainos yang diupah berkerja untuk nya. Manusia yang bertugas di PBB itu pun manusia yang perlu makan, mereka bertugas demi perut bukan demi negara sangat. Jangan lah membohongi mana-mana warga negara termasuk rakyat Malaysia, kalau tak kerana cari makan, tak ada gaji hendak ke manusia itu buat kerja di situ.

Demi wang mana ada lagi pemimpin dan pekerja negara-negara dunia ini yang ada maruah, pada mereka shit dengan maruah. $$$ penting buat mereka sementara badan boleh bernyawa.

Lihat sahaja lah telatah manusia yang bergelar pemimpin hari ini itu !







Wednesday, December 20, 2006

DAHULU, SEKARANG DAN HADAPAN


Lazim diperkatakan tiada dulu tiada sekarang. Tiada sekarang bagaimana kehadapan.

Keringat, usaha, hasil pemikiran orang dahulu merupakan perjuangan zaman mereka memegang tampuk kuasa dan berjabatan bagi perkhidmatan awam.

Ramai yang menganggap, persaraan adalah penamat kepada sebarang sumbangan. Apakah sumbangan daripada kumpulan cerdik pandai kita warga Malaysia yang sudah pun bersara ?


Kita melihat agak ramai senarai nama-nama cerdik-pandai Malaysia yang sudah bersara dari bidang akademik, professional dan perkhidmatan awam, kita memang kagum dengan martabat mereka, kebijaksanaan dan sumbangan. Kita hairan bagaimanakah perasaan mereka melihatkan segala legasi yang mereka tinggalkan kini terungkai sedikit demi sedikit dan dalam banyak kes sengaja dicabul dan dinoda.

Kebisuan mereka itu yang menjadi teka-teki. Kalaulah mereka rasakan negara ini sedang menuju ke arah yang betul dan legasi mereka berada di tangan yang layak menanganinya, mereka harus menyuarakan sokongan mereka. Mereka seharusnya menggalakkan pemimpin yang ada lebih berusaha lagi. Seandainya mereka tidak bersetuju, maka mereka harus maju ke depan dan menyuarakan kepada rakyat jelata kenapa mereka merasa tidak selesa.

Petua lama yang menganggap satu dosa besar untuk mengkritik para pemimpin tidak sepatutnya menjadi amalan hidup pesara-pesara ini. Mereka bukan orang terbuang, tiada siapa menolak mereka. Kalau suara menyokong apa yang dijalankan oleh pemerintah ada lah sesuatu yang baik mereka akan disanjung dan kerajaan munkin menimbang untuk menambah pencen mereka dan tentunya membawa kebaikan kepada negara. Tetapi kalau yang disuarakan merupakan teguran kepada kehancuran apa yang sedang dilakukan hanya pencen tidak dinaikkan, untuk dihentikan bayaran pencen belum lagi berlaku di dunia ini.

Adalah suatu yang menjadi lebih bermakna sekiranya tokok-tokoh yang telah bersara yang sebelum ini terlibat merangka dasar dan melaksanakan dasar yang diguna pakai di negara ini sehingga sekarang menzahirkan pandangan mereka buat masa ini sekiranya terdapat perubahan sama ada lebih baik atau telah hampir hancur, ini kerana ia dilakukan semasa dia sudah bersara.

Penulis dan penerbit perlu mencari pesara-pesara ini sama ada di Masjid, surau atau di padang golf untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan yang berlaku mutahir ini sama ada ianya merupakan satu kebaikan perubahan yang dilakukan atau satu keburukan yang boleh melibatkan mala petaka kepada rakyat keseluruhannya.

Hasil pengswastaan yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini telah diwarwarkan sebagai suatu projek yang terbaik bagi membantu rakyat di negara ini khususnya yang miskin, paling miskin dan berpendapatan rendah. Adakah hasilnya demikian sekarang ? Pesara-pesara kita itu adalah juga mereka yang terlibat dengan dasar-dasar tersebut. Dimana kah silap perlaksanaan nya yang menyebabkan timbulnya suara-suara rakyat yang melahirkan tidak puas hati dan menanggung kesusahan dengan himpitan ekonomi yang berlaku sekarang. Kalau pesara-pesara tersebut yang belum menjangkau tahap nyanyok sudah tentu dapat menzahirkan pendangan yang baik buat kita semua.

Tanggung jawab memastikan warga negara ini hidup makmur terletak juga ditangan mereka yang dulu nya terlibat dengan perancangan dan kesilapan perlaksanaan nya patutlah disokong atau disanggah dengan alasan yang mereka fikirkan logik.

Sebagai warga negara yang bertanggung jawab rasanya pesara-pesara kita itu akan memikul tanggung jawab mereka sekiranya ada saluran yang mahu menerbitkan luahan dan pandangan mereka tentang semua persoalaan yang dialami rakyat hari ini.

Yang penting penulis yang hampir dengan mereka khususnya di ibu kota kerana tokoh-tokoh cendiakawan, dalam semua bidang memilih ibu kota sebagai tempat istirehat mereka setelah bersara, tidak ramai yang pulang ke kampong setelah bersara walau pun kampong-kampong mereka dulu yang tidak membangun telah pun di bangunkan sekadar mudah dalam perjalanan dan perhubungan tetapi diluar standard ibu kota atau bandar raya.

Ibu Kota atau Bandar Raya besar lah tempat-tempat pesara beristerihat, pesara ada yang memilih Padang Golf yang baik-baik, ada yang memilih Masjid berhawa dingin itu lah tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa dalam situasi menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi yang indah permai ini.

Penulis perlu maklumkan juga kepada pesara-pesara bahawa warga negara ini ramai mengalami keperitan hidup walau pun hampir mencecah 50 tahun negara merdeka dimana silapnya perancangan mereka sebelum ini. Katakan bahawa ramai rakyat tahu menteri hanya mengarah tetapi sebagai ketua jabatan dan agensi mereka lah dulunya yang menulis, merangka bagi pihak kementerian apa yang baik buat rakyat. Tetapi kenapa hasilnya tidak sedemikian rupa. Dimana silapnya, sebab itulah mereka perlu membantu dengan menyuarakan pandangan mereka. Jangan lah nanti gugup untuk menjawab apa bila dipersoalkan di padang mahsar.

Kita bershukur Allah melahirkan mereka, kita juga berterima kasih atas sumbangan mereka dan kita menyanjung sekiranya mereka terus menyumbang membetulkan perlaksanaan yang dilakukan sekarang demi masa depan cucu-cucu mereka. Itu lah sumbangan manusia sebelum dipanggil pulang oleh malaikat maut yang akan sampai giliran setiap manusia yang bernyawa.

Firman Allah swt bermaksud:"Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati." (Surah Ali Imran, ayat 185).

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Orang yang sempurna akalnya (yakni cerdik dan pintar) ialah orang yang suka memeriksa dirinya sendiri, di samping banyak beramal sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Ada pun orang yang lemah (yakni yang bodoh) pula ialah orang yang Selalu mengikut runtunan hawa nafsunya dan berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal)." (Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

pandangan marhain


Tuesday, December 19, 2006

HENDAK MATI PUN SUSAH


Dalam kepesatan dunia membangun dengan sain dan teknologi, hukum akal yang diguna pakai oleh sebahagian manusia moden yang bersumberkan hak asasi manusia telah terjebak dengan undang-undang buatan mereka sendiri menyebabkan ada yang memilih untuk munkar nangkir mengambil nyawanya dinafikan.

Itali sebuah Negara yang pernah diperintah oleh Islam telah memilih Roman Catholic sebagai pegangan kepercayaan hidup mereka membuat undang-undang tidak membenarkan nyawa mudah dicabut oleh mungar nangkir, mereka dengan kebijaksanaan ilmu sains nya menyediakan alat bantuan pernafasan supaya manusia tidak mudah mati.

Itulah fahaman dan kepercayaan manusia zaman moden, yang berjuang dan sentiasa berjuang menuntut hak asasi mereka sehingga diluar ruang likup keujudan Yang Maha Esa yang menjadikan mereka manusia. Manusia yang mempercayai bahawa yang menjadikan mereka, hanya oleh manusia yang terdahulu dari mereka ia itu melalui ibu dan bapak sahaja.

Akibat dari kepercayaan yang begitu mendalam dalam ilmu kejadian manusia hanya melalui manusia tanpa menerima kuasa Allah yang menentukan segala-galanya, maka menjadikan ada dikalangan mereka yang memilih untuk memilih mati dengan mudah juga dihalang.

Hakim Antonio Salvio telah menolak permohonan Piergiorgio Welby, 60 di Mahkamah Itali untuk membolehkan doctor menanggalkan alat yang digunakan sebagai bantuan pernafasan bagi membolehkan beliau mudah mati. Beliau merasa tersiksa dengan penderitaan yang dialami kerana semua jasad nya tidak berfungi lagi, yang tinggal berfungsi hanya mata yang dapat mengeluarkan isarat tentang permintaan nya.

Cerita nya boleh dibaca di BBC news.

Sakit, azab siksa kesakitan, dan segala yang dialami oleh manusia sentiasa dalam bentuk yang tidak sihat menanggung azab dimasa hidup nya disebabkan oleh penyakit mengikut kepercayaan sains. Manusia jarang memikirkan semua bentuk sakit yang dialami itu adalah kehendak Allah Yang Maha Esa.

Sentiasa dipersalahkan ialah lemak kalau banyak kolestrol, gula kalau kena kencing manis dan begitulah seterus nya…..sebab menyebab sesuatu penyakit.

Katib yang berkutbah pernah menyebut agar semua manusia menghisab diri sendiri, atau menilai semula buruk baik amalan hidup kita setiap hari. Menyemak semula apa yang kita lakukan agar bukan sahaja tidak terjurumus kepada fasik, sirik, munafik agar kita tidak dihumban ke neraka setelah mati, tetapi pesanan tersebut buat kita yang ingin terus hidup agar kita tidak mengalami kesiksaan, mengalami kesakitan didunia. Sila baca sendiri Blog Kejor yeop kejor pesanan katib yang di paparkan.

Ramai juga mereka yang percaya bahawa sakit yang ditanggung adalah kerana hukum Allah atas perbuatan yang tidak mereka sedari sebelum ini. Derita sakit atau azab Allah yang disebut sebagai pesanan dari Katib itu termasuk penderitaan yang ditanggung oleh manusia yang terpaksa mencari doktor dan bomoh untuk mengubatinya. Dengan sebab itu nasihat dan pesanan perlu diulang-ulang oleh yang berautoriti untuk berbuat demikian sama ada di mimbir atau di taskirah-taskirah lepas maghrib dan sebagainya tentang hukuman yang diberi oleh Allah bukan setelah mati tetapi sebelum mati juga.

Amalan rasuah dan segala kemunkaran termasuk menipu sesama kawan juga wajib dihentikan agar siksa dunia tidak di timpakan oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Wallah hu`aklam.

Friday, December 15, 2006

PEMBERITAHU PERUBAHAN TERBARU
KONGRES UMAT ISLAM SEMALAYSIA
23-24 DISEMBER2006

Yang Berbahagia,
Para Jemputan dan Semua Perwakilan dan Pemarhati
dan semua pihak yang terlibat dengan Kongres,

Dimaklumkan bahawa atas sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, dimaklumkan bahawa Kongres Umat Islam SeMalaysia yang dijadualkan pada 2-3 Zulhijjah 1427/23-24 Disember,2006 terdapat perubahan seperti berikut:-


Perubahan Tempat Kongres Umat Islam Se Malaysia dari Jadual Asal Di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi Ipoh yang sepatutnya berpindah ke Fakuliti Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang TELAH DI PINDAHKAN ke KOMPLEKS YAYASAN AN-NAHDHAH, BUKIT INDERA MULIA KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Tarikh, masa serta program masih kekal mengikut atucara Kongres Umat Islam Se Malaysia, Semua kesulitan yang berlaku dipohon kemaafan.

Sekian terima kasih.


Diumumkan oleh;


Urus Setia Kongres,
Tel/Fax: 05-2547676, 05-2546575
Ipoh. 15hb. Disember2006


Wednesday, December 13, 2006

Maklumat terbaru diperolehi dari pihak penganjur Kongres Umat Islam Se Malaysia bahawa oleh kerana beberapa perkara yang enggan didedahkan sebabnya kepada umum, satu keputusan telah diambil untuk memindahkan tempat kongres yang di cadangkan sebelum ini diDEWAN JUBLI PERAK, Politeknik Ungku Omar, IPOH ke Fakuliti Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

Difahamkan juga bahawa Setiausaha Politik, YAB Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju untuk merasmikan Kongres tersebut mewakili YAB Perdana Menteri.

Tarikh kongres masih kekal ia itu pada;

Saturday, December 09, 2006


Hanya askar dengan peralatan tercanggih amerika dapat mengenal pasti dalam sesebuah bangunan itu ada taliban atau tidak. Ini kerana;

Jurucakap askar amerika memberi kenyataaan pada hari Jumaat 8hb bahawa terdapat dua wanita dari seramai 20 orang al Kaeda yang terbunuh dalam pengeboman mereka.

Sungguh cangih peralatan amerika sehingga satu keluarga rakyat tempatan Irak itu dikatakan pengganas al Kaeda.

Saorang rakyat tempatan yang memberi kenyataan berkata ini lah kerja penjajah di Negara mereka yang telah selalu membunuh rakyat tempatan tetapi menipu dunia bahawa yang mereka serang dengan bom atau roket selalunya Al keada, tetapi yang menjadi mangsa orang awam dan keluarga tempatan.

”Beliau mahu Dunia tahu penipuan yang agen Bush lakukan di Irak selama ini”

17 mayat termasuk 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah ditemui dari runtuhan bangunan angkara kekejaman askar amerika di Irak itu.

Tidak ada beza antara amerika dengan israil, dua kembar saitan ini sama saja amalan mereka menipu umat Islam seluruh dunia.

Persoalaan nya apa tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap mereka ini, ketetapan telah banyak kali dibuat tetapi semua dibakul sampah je. Rasanya Osama dan Hisbullah saja yang dapat mengajar mereka ini.

Mari kita tengok tindakan dari mereka itu. Kita semua hanya boleh lihat dan berdo`a semoga Allah melindungi rakyat yang tidak berdosa di Irak dan di Palastin yang hari-hari dibunuh itu.

Telah jadi kebiasaan sekarang,

yang cerdik menipu......

yang kuat menindas......

yang berkuasa mengongkong......

yang bodoh mengampu.....

hanya yang beriman dapat melihat.

Wallah hu`alam.