Wednesday, January 31, 2007

BOLEHKAH ORANG ISLAM PERCAYA ….


Sesungguhnya manusia telah dijadikan oleh Allah dan telah ditakdirkan dengan berbagai-bagai bangsa, agama, dan kepercayaan. Berakal, berilmu dan mempunyai pelbagai sifat, perangai dan berfahaman berlainan. kesudahan, dikalangan manusia;

Ada yang lahir dari keluarga beriman dan mati dalam keadaan beriman.

Ada yang lahir dari keluarga kafir dan mati dalam keadaan kufur.

Ada yang lahir dalam keluarga kafir tetapi mati dalam keadaan beriman kepada Allah.

Ada yang lahir dalam keadaan keluarga beriman tetapi mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Diakhir-akhir ini perlakuan manusia di dunia ini nampaknya sungguh pelik, Fitnah menular dengan berleluasa dikalangan khususnya orang-orang atau manusia yang menganut agama Islam sehingga berlakunya peperangan yang berakhir dengan ramai kematian.

Wajarkah umat Islam mati dibunuh oleh orang Islam juga ?

Perjuangan apakah ini yang berlaku dikalangan sesama umat Islam.

Adakah pemimpin-pemimpin puak ini bodoh atau kurang berakal atau ada niat lain di sebalik berjuangan menolong rakyat masing-masing.

Setiap hari kita didedahkan dengan pertempuran dan pembunuhan dikalangan sesama rakyat Palastin yang konon nya berbeza pendapat antara Hamas dan Fatah. Bukankah mereka ini satu bangsa Palastin dan kepercayaan Islamnya ada lah fahaman Sunnah.

Yang menjadi mangsa rakyat Palastin yang tidak berdosa turut mati dengan sia-sia.

Itu perkembangan yang berlaku di bumi Palastin, Palastin berbunuh sesama Palastin atau lebih tapat lagi Islam sama Islam. Tidak kurang juga perkembangan yang berlaku di bumi Iraq sasaran antara satu puak dengan satu puak diantara sesama bangsa dan agama.

Tidak kurang hebat juga ialah di Afghanistan, sasaran pembunuhan ialah orang Islam. Antara puak yang menjadi tali barut Amerika dengan yang menentang.

Nampaknya matlamat Yahudi sememangnya tercapai, matlamat membunuh orang Islam yang di label sebagai pengganas nampaknya berhasil setelah adu-dumbanya melalui kuasa Amerika masuk jarum dikalangan orang Islam sendiri.

Betulkah fahaman mereka yang menentang penjajahan itu yang nampaknya berlaku adalah dikalangan orang Islam juga. Fitnah yang berkisar dikalangan orang Islam nampaknya begitu parah diakhir-akhir ini selain daripada tiga Negara yang nampaknya panas dan hebat dengan pembunuhan sesama Islam. Amerika membuka medan baru di Sudan dan Somelia serta Eriteria yang juga menyaksikan orang Islam membunuh orang Islam.


Ada kah peperangan dan pembunuhan ini kerana berebut kuasa antara pemimpin dengan tujuan untuk berkuasa bagi kepentingan peribadi dan rakan taulan yang rapat atau dengan tujuan untuk memajukan masyarakat Islam dan menegakkan kuasa Islam ?


Mari kita fikir-fikirkan, kemana pemimpin orang Islam yang ada di muka bumi ini nak bawa umat Islam dan Agama Islam itu sendiri. Perebutan kuasa yang berlaku dikalangan umat Islam adakah Ikhlas hendak membina masyarakat Islam atau satu niat demi kepentingan dunia, dan benarkah wawasan Islam mereka itu.


Jumpa lagi......


petani



Friday, January 19, 2007

Boikot amalan DEMOKRASI

Pemulauan amalan demokrasi yang sedang digunapakai oleh kerajaan merupakan niat bagi parti pembangkang, yang ingin di pulaukan ialah amalan memilih wakil rakyat bagi mewakili kawasan Batu Talam, Dewan Undangan Negeri Pahang .

Setakat penamaan calun pada 16hb yang lalu terbukti pembangkang tidak meletakkan calun, sah ianya di pulaukan. Itu keputusan parti PAS dan PKR, tetapi DAP tidak malah ada kenyataan akhbar bahawa DAP tidak bersekongkol dengan PAS dan PKR.

Nyata setelah penamaan calun ditutup parti pemerintah ditentang oleh seorang yang tidak mewakili mana-mana parti, calun bebas anak ahli DAP. Munkin calun belum sempat jadi ahli parti macam ayah nya. Tetapi apa bila ayah ikut sama masa penamaan calun ini macam parti ayah dia terlibat sama, dan parti itu pun menyatakan dia tidak terlibat dengan PAS dan PKR memulaukan pilihan raya di Batu Talam itu.

Yang Boikot ada alasan.

Yang tidak boikot juga ada alasan.

Itu demokrasi yang digunapakai di Malaysia.


Pengundi di kawasan Batu Talam macam mana ? Yang jelas Ahli-ahli dan penyokong parti yang menyertai pilihan raya tidak akan boikot atau memulaukan nya. Tetapi bagi ahi-ahli dan penyokong parti yang boikot macam mana? Ikut keputusan parti atau ikut demokrasi yang ada dalam hati.

Saperti mana yang disebut sebelum ini, sesuatu cadangan, hasrat atau rancangan sepatut nya bermula dengan niat, dan niat pula sepatut nya diiiringi dengan prinsip. Prinsip perjuangan perlukan kesepakatan, kalau pemimpin membuat sesuatu keputusan dan ahli-ahli yang melantik pemimpin perlu ikhlas dan ditujukkan ikhlas menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang ahli-ahli lantik. Itu tanda berparti atau berpesatuan, walau pun setiap ahli ada kebebasan demokrasi sebagai seorang insan.

Hak asasi seseorang insan sepatut terikat sama dengan menganggotai sebuah orginasasi atau persatuan atau parti. Tak apalah mari kita lihat setakat mana boikot ini dipraktikan oleh pengundi di kawasan Batu Talam apa bila selesai tempoh masa membuang undi nanti. Khusus dari kalangan ahli dan penyokong pihak yang Boikot.

Sesuatu mesti bermula dengan langkah kaki kanan atau kiri yang pertama setelah berniat.

Mari kita lihat ! .. ...

Saturday, January 13, 2007

DEMOKRASI amalan Malaysia

Dalam sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi semua rakyat warganegara bagi negeri berkenaan berhak, bebas, dan mempunyai suara untuk menyuarakan, menulis, menjadi calun, mengundi dan melahirkan sesuatu yang dirasakan oleh hati sanubarinya.

Telah 50 tahun Malaysia Merdeka, dan seantero dunia tahu bahawa Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi. PBB, NAM, OIC, Commentwelth memang mengiktiraf Negara kita sebuat Negara demokrasi dengan sebab itu pemimpin Negara kita telah diberi kesempatan memimpin dan menjuarai badan-badan di peringkat dunia itu.

Setelah melalui peringkat dunia kita tidak melihat ke bumi (tanah) yang kita pijak sehingga kita sentiasa memijak dan menginjak-ninjak semua yang ada diatas bumi. Dalam situasi tertentu termasuk yang kita pijak itu amalan demokrasi yang kita agung-agungkan.

Dimulut kita bercakap apa itu amalan demokrasi, diotak dan dihati munkin ia dan tidak, ditangan kita kadang-kadang menulis perkara yang sama dan kadang-kadang disebaliknya.

Sebagai manusia sepatut nya sesuatu gerak hati kepada sesuatu yang hendak dikata,tulis dan buat bermula gerak hati itu dengan ’NIAT’ dan keduanya setiap manusia itu mengamalkan hidupnya dengan berpendirian atau prinsip. Kalau hidup tidak berpendirian samalah dengan daun lalang ? Niat pula tertakluk kepada setiap manusia berkaitan, kalau niat baik tunjuklah yang baik kalau disebaliknya terpulang.

Satu berita di Malaysia Today mengandungi :

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Rashid Abdul Rahman menyifatkan tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam sebagai bodoh.

"Saya fikir keengganan untuk bertanding adalah langkah yang bodoh. Apa yang kamu cuba buktikan?" Reuter memetik beliau berkata.

Dia bebas untuk kata orang bodoh, orang lain pun bebas boleh kata dia bodoh, itu demokrasi juga.

Dalam satu lagi tajuk terdapat cerita berikut;

"Kebodohan apa pula yang kamu cuba buktikan? Sebelum ini kamu kata undang-undang pilihan raya di negara ini tidak boleh menjamin pilihan raya yang telus, adil dan saksama. Hari ini pula kamu bodohkan orang yang kamu sendiri ingatkan bahawa pilihan raya di negara ini tidak telus, tidak adil dan tidak saksama," kata Mohamad Sabu kepada Abdul Rashid.

Dalam satu Blogger penulisnya menulis berikut:

Bacul Kalau Pas Boikot Batu Talam

Andainya tuduhan dan andaian di atas benar sekalipun, tindakan Pas dan PKR memboikot proses demokrasi akar umbi ini adalah memeranjatkan, luar biasa dan bacul.

Penulis itu kata bacol, orang lain pun boleh kata dia bacul, pun demokrasi di Malaysia.

Pemimpin parti yang memerintah kata :

pucuk pimpinan parti Pas dan PKR ‘sudah panjang akal’ kerana pertandingan dalam pilihan raya kecil di Batu Talam tidak akan memberi keuntungan politik kepada mereka.

Pandangan pemimpin politik terlibat juga mengamalkan demokrasi, dan banyak lagi pandangan, pendapat, tuduhan dan sebagai nya yang akan dikeluarkan oleh kedua pihak dalam aspek kepartian. Itu kerja orang berparti.

Mana-mana manusia yang tidak terlibat sebagai ahli parti boleh terlibat dalam gelanggang yang disediakan oleh SPR sekiranya berminat menyemarakkan demokrasi di negara ini. Rasanya tidak susah yang berminat jadi calun boleh ambil borang di SPR cari satu pencadang dan satu orang lagi sebagai penyokong bayar kepada SPR deposit dan serahkan pada hari penamaan calun, kalau tidak ada salah silap isi borang SPR akan istihar dia sah sebagai calun.

Kemudian adalah pilihan raya yang ada calun bertanding, lagi ramai calun yang rasa nak jadi wakil rakyat lagi bagus baru semarak dan meriah pilihan raya tu. Jangan jadi calun upahan sudahlah. Kalau jadi calun upahan bagi mana-mana kumpulan itu tandanya ”Lembu cucuk hidong” nama nya bukan pengamal demokrasi.

Yang berparti pula pemimpin parti kerajaan pun dah sedar yang pembangkang ’sudah panjang akal’ . Sudah tahu niat dan prinsip pihak-pihak yang terlibat dengan perlaksanaan demokrasi di Malaysia, SPR kata dia hanya sedia gelanggang saja, macam nak laga ayam itu ada yang terlibat sedia tempat dan gelanggang saja, tentang aturan, peraturan, pertaruhan, tipu helah dan sebagainya dia tak tahu. Itu juga cara demokrasi di Malaysia.

Semua ada hak, tak perlu yang sebelum ini tadah tangan atau yang akan tadah tangan minta ditanggung untuk sesuap nasi nak mengata-ngata. Amalan demokrasi untuk semua 21 tahun keatas yang berminat boleh masuk gelanggang.

Pemimpin sama ada parti yang memerintah atau yang tidak memerintah berhak mengajak ahli-ahli parti masing-masing hidup dengan ada Niat dan berperinsip (berpendirian) jangan macam lalang, jangan macam peminta sedekah hidup ditanggung orang.

Bagi kita semua demokrasi biar lah dengan niat yang jujor dan dilihat melaksanakan kejujuran sehingga ke tahap tidak diperkotak katikkan kejujuran yang dilaksanakan itu. Dan perlu juga lah berprinsip jangan masa dulu lain sekarang lain, masa makan gaji dulu lain dah pencen lain pulak. Kalau nak mengamalkan demokrasi bagi yang makan gaji tu berhenti, bebaskan diri atau merdekakan diri dari sebarang belenggu ini kerana demokrasi juga merangkumi kebebasan diri dari dijajah atau ditanggung oleh mana-mana kuasa.

Setiap individu masyarakat jangan terikut-ikut sangat dengan mana-mana pendapat jadikan semua yang ada baca sebagai bahan untuk berfikir sahaja, keputusan dalam demokrasi ialah lahir dari pemikiran otak kita sendiri. Supaya mengelak dari pada diperbodoh atau dibacolkan oleh orang.

Ingatlah sendiri ! Itu juga Demokrasi...

Thursday, January 11, 2007

AKHIR TAHUN 1427H

Zulhijjah hampir ke garis penamat, masyarakat Islam yang mengerjakan rukun Islam ke 5 telah mula pulang ke tanah air masing-masing. Penutup tahun 1427 hijrah akan sampai beberapa hari lagi. Dunia Islam akan menerima tahun baru 1428 satu minggu lagi dari hari ini.

Telah bersediakah masyarakat Islam di Malaysia untuk menyambut tahun baru yang akan menjelma pada petang Jumaat 19hb. Januari yang akan datang. Sebahagian munkin lupa akan kehadiran tahu baru buat mereka, sudah menjadi lumrah apa yang berhubung kait dengan Islam tidak menjadi agenda penting harian yang perlu diberi perhatian. Yang sentiasa digembar gemburkan oleh radio dan TV hanya sambutan tahun baru masehi yang merupakan ekoran kepada sambutan hari natal buat orang kristian.

Kalau mereka yang menganuti agama kristian menghebah-hebahkan aturcara sambutan dan perayaan hari kebesaran mereka yang menjurus kepada berakhirnya tahu dan menjurus kepada menyambut tahun baru, mengapa kita umat Islam tidak bersikap demikian yang juga boleh sebok menyambut apa juga aturcara yang menjurus kepada tahun baru takwim kita orang Islam. Pelik juga ya umat Islam ini !

BENARKAH UMAT ISLAM DIPERBODOHKAN

Diakhir-akhir tahun 1427H banyak peristiwa yang berlaku seolah-olah umat Islam ini begitu bodoh dalam bertindak. Dalam keadaan umat Islam diancam sebagai terrorist oleh yahudi dan kuda tunggang nya Amerika, United Kindom dan Austeralia lagi banyak sekutu kuda tunggang Bush dan Bleir yang terdiri dari peribumi negara Islam bertindak lebih sudu dari kuah.

Demi mengejar kuasa dan kekayaan dunia puak-puak yang mementing perut ini bertindak lebih kuat terhadap penentengan mereka dari Amerika dan Briten.

Lihat Iraq, Afghanistan dan yang terbaru Sudan. Disamping sikap balas dendam puak seah terhadap sunnah di Iraq, puak-puak di Afgah pula tidak ketinggalan mengambil kesempatan mencenkam untuk memastikan wang yang disalurkan oleh tuan nya Amerika dan Briten terus mengalir ke poket mereka. Puak yang berkuasa di Sudan yang telah kalah dengan puak hakim juga tidak ketinggalan tunduk dengan kehendak tuan penajanya.

Kesemua yang terlibat macam tak nampak atau lupa bahawa pergaduhan dan pembunuhan sesama ummat Islam yang mereka lakukan adalah agenda besar yahudi yang menggunakan Bush dan Bleir sebagai kudan tunggang untuk sampai de distini mereka.

Sama ada manang atau kalah yang mati dan hilang dibumi ianya tetap ummat Islam. Bukan kah tujuan yahudi itu mengapuskan ummat Islam walau dimana pun mereka berada diatas bumi ini.

Berbeza kah matlamat Shaitan untuk mengkafirkan, memurtad, dan mengsyirikkan ummat Islam dengan matlamat yahudi. Boleh kah kita terima bahawa Shaitan itu terjelma didalam tubuh yahudi ? dan bagi mana pula mereka yang mengikut telunjuk shaitan-shaitan saperti Bush, Bleir dan lain-lain yang di gelar oleh Yugo Shavez itu. Kalau yang menyuruh itu jelmaan syitan bagi mana pula yang bersekutu dengan yang menyuruh?

Itu lah sebahagian peristiwa yang berlaku dalam tahun 1427H yang akan berakhir. Kita berharap walau dimana sahaja ada pemimpin yang mengaku Islam mula memikirkan agar tahun baru yang akan menjelma, ia itu tahun yang bermula dengan Awal (1) Muharram 1428H bersamaan pada 19hb. Januari,2007 bermula dari tenggelamnya mata hari dan naiknya anak bulan Muharram, menutup buku catitan masing-masing dengan niat bahawa buku baru yang akan dicatit oleh malaikat pada awal tahun 1428 dengan niat untuk mengujudkan perdamaian, adil dan untuk tidak lain berpegang dengan hukum-hukum ciptaan Yang Maha Esa.

Kepada rakan-rakan seagama, saya ingin mengingatkan diri saya dan mengaja saudara-saudari bersama-sama agar kita memulakan 'niat' kita untuk buku baru pada tahun hadapan dapat dicatit dengan 'niat' untuk berbuat sesuatu yang boleh "buat sesuatu di dunia di akhirat dapat sama".

Dengan niat itu mari kita elakkan lah dari pada kita di anggap sentiasa bodoh oleh yahudi dan shaitan yang disetiap saat mengoda kita kearah mengikut mereka walau dalam apa bidang sekali pun. Isaallah malaikat dapat mencatitkan diawal catitan nya dengan niat yang menjurus kepada akhirat juga Allah mengurniakan sedikit ganjaran. Wallah hua'alam.

petani.



Monday, January 01, 2007

TAHUN BARU YANG PELBAGAI

Hari ini merupakan permulaan perkiraan tahun baru 2007 bagi masyarakat dunia, detik 12.00 malam semalam dikira sebagai permulaan perkiraan nya, itu adalah ajaran barat bagi memulakan perkiraan tamadun yang diperkenalkan kepada masyarakat dunia. Masyarakat yang di jajah, terjajah, atau yang terus dibelenggu dengan fahaman, kepercayaan dan kehendak mereka, walau pun banyak Negara telah bebas merdeka yang mana anak tempatan nya memerintah tetapi semangat, nadi dan fahaman nya masih lagi terjajah.

Sama ada di sedari atau tidak kepala-kepala pemimpin negara yang duduk di kerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu banyak yang tunduk dengan Negara tuan yang pernah menjajah mereka atau rakan tuan mereka yang menjajah itu.

Setelah berabad menjajah jutaan rakyat yang terjajah itu semalam 31hb Disember 2006 telah mengadakan berbagai sambutan mengikut kehendak dan acuan bos yang pernah menjajah mereka. Dari timur ke barat dan dari utara ke selatan bumi ini Negara-negara yang tersenarai dalam senarai PBB itu rakyat nya menyambut pelbagai nama sambutan yang menjurus kepada sambutan tahun baru.

Walau apa pun nama sambutan, tahun baru yang disambut tidak mempunyai erti tampa pesta yang menghibur. Pesta-pesta hiburan ini akan diserikan dengan pelbagai cahaya lampu, bunga api dan berbagai lagi cahaya untuk boleh dilihat. Itu lah cara Negara yang tidak terlibat dengan masaalah pergaduhan besar. Boleh dikatakan negara yang aman damai dari konflik pergaduhan.

Negara aman damai tanpa pergaduhan ini merangkumi negara kita Malaysia, negara yang rakyatnya semua dalam keadaan kenyang perut, pemimpin nya tidak bergaduh dengan senjata antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Negara yang mempunyaai pemimpin di kedua belah pihak pandai berpolitik, tahu mengamalkan demokrasi. Tak kisahlah apa bentuk demokrasi itu, asalkan ianya tidak terjadi macam negara-negara di benua afrika yang mengunakan senjata ringan dan berat untuk membunuh pengikut masing-masing, yang jelas terlibat rakyat atau orang awam yang tidak tahu dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang menjadi mangsa dan yang sengsara kebulur.

Yang dapat kita lihat ialah bapak ayam sabung ini tidak mati dalam pentempuran, yang mati adalah penyokong-penyokong mereka. Bapak ayam sabung yang memimpin ini menerima bantuan dan sokongan dari kuasa-kuasa tangan ghaib yang suka kepada kerja mengandu domba supaya ayam-ayam ini bergaduh dan apakala puak yang disokong menang, tangan ghaib ini akan mengunakan puak yang disokongnya untuk mengorek khazanah dibumi yang bapak ayam nya telah dapat berkuasa. Mana bapak ayam yang engkar mengikut tuan yang memberi dedak dan melukut akan menerima padah dari tuan nya. Fenomena ini tidak akan berakhir selagi shaitan tidak dipasong kuat-kuat, ini kerana jumlah saitan telah ramai dan setiap individu sentiasa digoda oleh ramai shaitan yang mengajak kita kepada dunia bos-bos shaitan yang memerintah dunia ini.

Alam sekeliling kita hari ini dipenuhi oleh shaitan yang berkuasa besar dan kecil yang mengoda manusia ke arah apa yang di katakan oleh pencinta alam sebagai; ”perosak alam sekitar”. Demi berbagai demi yang menjurus kepada merosakkan sama ada moral, dan alam semula jadi atau apa sahaja demi yang digunakan untuk pembangunan dan kemajuan manusia katanya. Suara pemimpin negara sentiasa ingin memakmurkan rakyatnya, kalau ada rakyat yang masih daif, miskin, kebulur, melarat atau apa sahaja tunggu giliran atau jumpalah pihak-pihak yang berkuasa memberi bantuan untuk menerima habuan, kalau masih ada juga yang tidak dapat sebarang habuan sabar tunggu giliran, pemimpin janji semua rakyat akan aman, dan makmur. Yang memimpin berjanjikan jumlah rakyat yang miskin dan susah akan di zerokan walau mana negara pun, itu ayat manusia yang memimpin negara.

Benua afrika pemimpin mereka yang memimpin perjuangan rakyat yang miskin, tertindas dan kebulur juga menjanjikan benda yang sama, maka dengan sebab itu ada yang masih di ajak berjuang termasuk dengan mengangkat sanjata hari ini.

Kisah luar negara berbagai sempena tahun baru ini, di Amerika pemimpin nya Bush dengan puak Seah dan kurdis Irak menyambut tahun baru dengan menamatkan riwayat Saddam Hussein sebagai balas dendam atas kekejaman Saddam kepada mereka sebelum ini, maka dengan itu tertutuplah tembelang busuk atau tangan ghaib yang selama ini mengunakan Saddam melakukan sesuatu untuk mereka. Apa bila ketua puak Sunnah itu sudah tidak mahu mengikut telunjuk Shaitan Amerika itu siapa saja musuhnya digunakan untuk menjahanamkan nya. Dulu Saddam digunakan oleh Amerika untuk melenyepkan Seah di Iran Saddam gagal, dan Saddam juga bahan yang digunakan untuk membunuh Seah Iran itu membunuh kurdis, akhir pemerintahan Saddam musuh Amerika di Iran yang ada di Irak itu berkerjasama dengan pelesit kurdis mengunakan Shaitan Amerika melenyepkan Saddam. Yang pasti berlaku budi misti dibalas, yang bersekongkol dengan Bush akan mengikut telunjuk Bush untuk mengaut apa sahaja yang ada di Irak bagi menampung perbelanjaan yang digunakan bagi menghancurkan Saddam campur untug (berniaga mesti cari untung itu prinsip dia) itu lah ikutan orang Islam yang bertabur di dunia ini.


Dalam negara kita sambutlah dengan cara mana pun semua kenaikan yang telah diumumkan oleh pemerintah, sama ada suka kerana naik gaji atau elaun dan duka kerena kenaikan barangan dan juga lain-lain kemudahan asas. Yang di istihar turun macam cukai jalan juga boleh sambut dengan gayanya di tahun baru ini.
Itu corak pemimpin yang majoriti rakyat pilih untuk memimpin dan memerintah kita.

Sebagai rakyat gunalah hak sebagai rakyat, yang boleh berfikir fikirlah apa nak fikir, yang rasa nak demonstrasi buat lah sehingga ketahap demokrasi sebenar yang diterima pakai oleh rakyat dunia. Banyak negara maju pun nampaknya double standard dalam amalan demokrasi kalau untug puak dia boleh kalau tak untung tak boleh, oleh itu fakir-fikirlah asal jangan sampai jadi masyarakat ayam daging atau penadah tangan supaya sambutan 50 tahun Merdeka memberi erti merdeka yang sebenar.