Saturday, February 17, 2007

Boleh percaya kah:

Bolehkah di percayaai berita yang bertajuk saperti berikut; “Perubahan sokongan kaum Cina, gugat BN dalam pilihan raya umum”. Isi kandungan nya menyatakan;

Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi cabaran besar apabila kecenderungan kaum bukan Melayu khususnya Cina jelas semakin cenderung menyokong pembangkang kata penganalisis politik.

Kisah ini dipaparkan oleh seorang penulis yang juga merupakan seorang pendokong pembangkang dari kalangan parti pembangkang china.

Dikatakan parti pembangkang dijangka mendapat sokongan besar di kalangan orang Cina adalah DAP dan parti Keadilan Rakyat. Tidak bagi parti melayu yang cenderong kepada Islam.

Terdapat dua alasan dikemukakan mengapa kaum china cenderong berubah hati menyokong pembangkang.

Pertama. Kecenderungan itu berpunca daripada sikap 'biadap' pemimpinan parti melayu semasa perhimpuann agung mereka yang menghunuskan keris, kononnya mahu mempertahankan ketuanan Melayu sebaliknya menghiris perasaan kaum lain.

Kedua. Bagi orang Cina mereka sangat menitikberatkan soal ekonomi memandangkan mereka menetap di bandar dan menjalankan aktiviti perniagaan serta makan gaji. keadaan ekonomi yang tidak stabil adalah satu sebab orang Cina beralih menyokong pembangkang.

Satu lagi berita ialah kajian yang dibuat dan dilapurkan oleh Malaysiakini.com.

Malaysiakini.com melaporkan, dua dari setiap tiga orang pemilih kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, menurut hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre. Tinjauan tersebut dijalankan antara bukan Oktober dan Disember tahun lalu.

Dengan terdedah nya kisah "Ali Baba" oleh pemerintah rasanya soal kedua yang merupakan alasan kecenderongan kaum cina boleh berubah sokongan, sudah selesai. Persoalaan pertama issue keris tumpul tak bersarong itu merupakan cerita basi yang senentiasa menjadi momok budak-budak hangat-hangat tahi ayam. Tahi ayam biasanya akan menjadi baja tanaman jangka pendek termasuk bunga di tanah tinggi Cameron Highland selepas 45 hari ayam di angkut ke pasar borong untuk menjadi lauk makan nasi atau di pasarkan oleh peniaga ayam goreng.

Penyelidikan yang dibuat oleh Merdeka Center hujong tahun 2006. Sekarang tahun 2007, bagi politik selepas 30 hari semua telah berubah. Cadangan mereka untuk buat penyelidikan baru itu wajar, ini kerana yang hidup itu manusia ianya sentiasa berubah-rubah. Oleh itu pembangkang jangan seronok sangat bukan begitu senang nak menang.

Yang memerintah banyak helah dan daya usaha mereka untuk mempertahankan kuasa, maklum sahajalah kalau hilang kuasa apa akan jadi !

Mari lihat cerita Ali Baba, ini bukan cerita baru. Ini cerita yang dah berlaku zaman berzaman lihat apa kata Sang Kelembai. Ali Baba merujuk kepada Ali iaitu orang Melayu dan Baba sebagai orang China.

JKR sendiri mengesahkan akan sikap Ali yang dapat tender kemudian menyerahkan kepada Baba. kesemua projek Ali Baba itu adalah projek yang diberi secara wahyu dengan bermacam nama antaranya "Runding Terus" dan "Bina Dan Serah".

Berdasarkan fakta yang diberikan secara rasmi oleh Kerajaan melalui sumber JKR sejumlah 85% projek kerajaan bertukar tangan dari orang Melayu kepada bukan Melayu. Tidak pula dikeluarkan data yang jelas, samada 85% jumlah harga projek atau jumlah banyaknya projek yang ditawarkan.

Kesimpulannya kisah Ali Baba bukan sahaja menjerumus kepada soal perniagaan yang diserahkan kepada bukan Melayu, yang setidak - tidaknya adalah warga negara Malaysia tetapi adakah kerana sikap Ali Baba itu maka sebahagian kontraktor bumiputra kerja-kerja pembinaan gagal menyiapkan kerja - kerja tersebut? Jika tidak siap itu satu kesilapan tetapi jika diserah kepada bukan Melayu, kerja-kerja pembinaan itu siapa yang sebenarnya bermasalah.

Rasanya itu semua bukan masalah, itu hanya wayang bagi menutup cerita yang boleh mempertahankan kuasa yang ada. Dengan adanya wayang-wayang ini semua kompenan akan happy dan dapat kekal berkuasa.

Pemimpin yang membangkang tahu ini sandiwara. hanya rakyat sahaja yang perlu diberi tahu.


Rakyat hendaklah pastikan otak sendiri digunakan sepenuhnya untuk berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan, walau dibidang apa sekali pun khususnya memberi kuasa kepada sesuatu pihak agar tidak sentiasa tertipu !

Kurang membaca tidak berilmu, malu bertanya sesat jalan ......

Tuesday, February 13, 2007

DINASTI DALAM KEPIMPINAN

Terbaru matan Perdana Menteri Malaysia menonjolkan gesaan mahu melihat Malaysia tidak mengikut jejak langkah beberapa buah Negara yang mengamalkan perlantikan pemimpin nya dari kalangan waris atau mengamalkan sistem dinasti.


Korea Utara, jiran kita Singapura, India sebelum ini dan beberapa buah Negara dunia sememangnya mengamalkan cara itu untuk memilih penganti memerintah di kalangan keluarga atau lebih jelas anak pemimpin yang pernah berkuasa sama ada pemimpin itu masih hidup atau telah mati.


Amalan tersebut macam amalan Raja-Raja di Negara kita yang memilih anak sebagai penganti. Sebuah Negara Demokrasi yang mangamal kan cara tersebut memberi pengertian bahawa Negara tersebut ketiadaan rakyat yang layak untuk memimpin. Lebih kurang rakyat negeri tersebut di penohi oleh mereka yang bodoh-bodoh dan tidak berkeupayaan atau tidak sesuai dijadikan pemimpin.


Tetapi Demokrasi yang diguna pakai di dunia ini berbeza-beza, terdapat pelbagai sistem demokrasi yang diguna pakai oleh setiap negara yang cenderong kepada keperluan dan kepentingan pemimpin negara terlibat. Semua sistem demokrasi itu di terima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Oleh itu banyak pihak tidak menyuarakan rasa kurang senang amalan seperti itu, khususnya negara yang terlibat.

Seruan Matan Perdana Menteri itu di tujukan kepada ahli-ahli Umno bukan kepada rakyat Malaysia. Ada kah ianya di tujukan kepada Perdana Menteri ? Kita di hebohkan anak Perdana Menteri sebok dengan urusan berniaga tidak terlibat dengan politik.


Kalau benar gesaan itu ditujukan kepada Perdana Menteri, rasanya menantu tidak tergolong sebagai dinasti. Dan bapak menantu Perdana menteri tu pun tidak di kenali ramai kerana bukan bekas Perdana Menteri negara ini.Munkinkah gesaan itu ibarat pukul anak sindir menantu !

Kalau yang di maksudkan itu Timbalan kepada Perdana Menteri yang ada atau Menteri nya yang bapak mereka pernah menjadi Perdana Menteri betul lah gesaan itu di buat. Banyak pemimpin pelapis dalam parti melayu yang memerintah itu anak kepada bekas menteri, menteri besar, timbalan menteri atau dulu nya menteri muda, ahli parlimen, dan ahli dewan undangan negeri dari parti yang sama.


Ini kerana parti itu dapat menjamin anak beranak dapat hidup mewah di dunia ini. Biasalah kalau dah ada peluang untuk hidup mewah ramai akan berebut-rebut menawarkan diri. Persoalaan layak atau tidak itu bukan perkara penting, yang penting kepada yang nak memimpin kuasa dan peluang yang luas untuk hidup mewah.


Kalau gesaan matan Perdana menteri itu diterima pakai maka adalah peluang orang yang bapaknya bukan orang yang pernah memerintah negara ini mendapat peluang berkuasa di negara ini. Yang penting gesaan beliau itu di ambil fikir oleh semua rakyat bukan nya ahli-ahli parti yang memerintah itu sahaja. Dan kenalah juga orang yang sesuai dan berwibawa dan berilmu untuk dipilih menjadi pemimpin negara ini masa depan kelak.


Pemilihan pemimpin janganlah tengok muka,pakaian dan kereta yang dipakai, kenalah tengoh dari semua aspek, kalau pun kelulusan tinggi dan banyak ijazahnya tetapi khidmat yang telah dibuat, perilaku (perangai) dan banyak buat amalan yang tidak bermoral tak guna juga diangkat memimpin rakyat melayu yang ramainya susah ini. Nanti dah dapat jawatan dah lupa rakyat yang pilih dan rakyat sebok pula tak puas hati kerana tak dapat habuan dan projek.


Kalau kita pilih pemimpin yang tidak jujur nak bela nasib kita, nak bantu mengurangkan kesusahan kita dan yang penting sebagai rakyat kalau kita membuat keputusan tanpa mengunakan pemikiran sendiri yang mana baik dan yang mana tidak semasa memilih pemimpin tanggung sahaja lah apa yang pemerintah buat terhadap kita.


Yang terbaik jangan buat keputusan dan tunjuk macam kita ini orang bodoh !

Sunday, February 04, 2007

BOLEHKAH ORANG ISLAM DIPERCAYA ….

Fitnah dikalangan pemimpin-pemimpin Islam dan Fitnah antara pemimpin kafir dengan pemimpin Islam melahirkan pemimpin Islam bersubahat dan berkerjasama dengan pemimpin kafir membunuh orang-orang Islam dimerata tempat di bumi ini.

Ini kah yang ditafsirkan olih alim ulamak sebagai tanda-tanda kiamat menghampiri bumi ini ?

Lihat peperangan yang berlaku di Iraq diantara pencerohoh tentera kafir dari Amerika dan sekutu-sekutu kafirnya dari kalangan sahabat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengaku kumpulan baik menentang pengganas setelah mencari senjata merbahaya yang di simpan oleh puak Saddam Hussein tidak berjumpa.

Semua orang kampong tahu Amerika yang mengaku baik telah membekalkan pelbagai jenis senjata kepada kerajaan Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussin dulu semasa peperangan dengan Iran, dengan sebab itu Presiden Saddam perlu di hukum gantung supaya cepat tidak boleh menceritakan pada dunia tentang kejahatan syitan-syitan yang berkuasa di Amerika semasa mereka berbaik-baik dulu.

Yang jadi talibarut syitan-syitan itu pulak ialah puak-puak Islam yang berniat nak berkuasa di bumi Iraq. Hendak merasa berkuasa, hendak merasa senang dengan kuasa dan kaya raya dengan khazanah yang Allah kurniakan dibawah bumi Iraq. Itu hakikat semula jadi manusia sama ada Islam atau kafir sama sahaja.

Sejarah sejak beratus tahun lalu akan sentiasa berulang diantara puak –puak yang ada diatas bumi ini dikalangan sesama Islam atau dengan kafir merangkumi yahudi yang di laknat Allah.

Kalangan sunni tuduh Syiah, puak Syiah kata Sunni kafir, siapa yang sebenarnya sesat, syirik atau munafik ? Semua nak berkuasa dan nak tolong puak atau bangsa masing-masing, dalam masa yang sama bersubahat dengan kafir untok untong diri sendiri. Kalau macam tu siapa yang sesat ?

Mari kita lihat peristiwa yang baru berlaku disekeling kita.....

Majalah Filistin Muslimah bulan Januari telah memaparkan kesengsaraan nasib pelarian Palestin di Iraq. Selepas penjajahan AS ke atas Iraq pada tahun 2003, nasib pelarian Palestin menjadi tidak menentu.

Malangnya selepas penjajahan, pelarian Palestin menjadi sasaran tentera AS. Keadaan yang buruk ini telah memaksa mereka untuk berhijrah meninggalkan tempat tinggal mereka untuk ke Jordan mahupun ke Syria. Malangnya, negara-negara tersebut tidak mahu menerima mereka. Sehingga kini, lebih kurang 300 orang para pelarian Palestin terpaksa mendiami sempadan Iraq-Jordan dan juga Iraq-Syria kerana rumah mereka telah dirobohkan. Ramai juga yang terpaksa pulang ke rumah masing-masing dan terdedah kepada keganasan tentera penjajah.

Dianggarkan terdapat lebih 20,000 pelarian Palestin di bumi Iraq, khususnya di Baghdad. Dianggarkan dari tahun 2004 sehingga kini, seramai 520 orang pelarian Palestin telah dibunuh oleh tentera penjajah dan juga militan Syiah

Menurut pengarah hal ehwal pelarian Human Rights Watch di New York, Bill Frelick, sebab utama pembunuhan tersebut ialah kerana para pelarian Palestin sering dikaitkan dengan mantan presiden Iraq yang telah dihukum gantung, Saddam Hussein. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah meminta daripada pihak yang terlibat agar tidak terus menerus membunuh pelarian Palestin di Iraq. Beliau juga menggesa agar masyarakat antarabangsa mengambil peduli terhadap nasib pelarian Palestin di Iraq yang dizalimi. Malang sekali, ketika media antarabangsa hanya menghidangkan laporan-laporan mengenai situasi penggantungan Saddam dan juga peperangan di antara Sunni dan Syiah di sana

Selain daripada menjadi sasaran oleh tentera AS, pelarian Palestin juga menjadi mangsa keganasan kumpulan militan al-Mahdi pimpinan Moqtada Sadr. Aktiviti membunuh dan menculik pelarian Palestin di Iraq oleh kumpulan militan Sadr bukan lagi rahsia.Rakyat Palestin yang merupakan kaum Sunni yang totok kini menjadi sasaran baru kumpulan militan al-Mahdi. Mereka dijadikan sasaran al-Mahdi semata-mata kerana rakyat Palestin berpegang kepada ajaran ahli Sunnah wal Jamaah. Rakyat Palestin memang terkenal dengan pegangan tersebut, malah di Palestin pun tidak terdapat kelompok Syiah seperti di Iraq dan Lubnan.

Terdapat kegiatan penyembelihan kaum Sunni di hospital-hospital dan juga di masjid-masjid mereka oleh kumpulan militan al-Mahdi, mereka juga mendiamkan diri di dalam persoalan pelarian Palestin ini.

Palestin di Gaza dan Tebing Barat

Berhubung isu ini, keikhlasan Abbas dan juga fraksi Fatah diragui. Di kala rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat dicengkam oleh sekatan ekonomi mereka pula sibuk untuk menjatuhkan kerajaan HAMAS. Di kala saudara mara mereka dibunuh, diancam dan diculik setiap hari di Iraq, mereka sibuk untuk mengadakan suasana kacau bilau di Gaza dan Tebing Barat. Di kala Masjid al-Aqsa digali dan dikorek demi untuk dirobohkan oleh pihak rejim Zionis, mereka sibuk untuk bekerjasama dengan rejim tersebut. Mengapakah tidak kedengaran suara Abbas dan juga pemimpin Fatah yang lain berhubung isu pelarian Palestin di Iraq?, mengapakah Muhammad Dahlan tidak menggunakan peluang memperjuangkan nasib pelarian Palestin di Iraq demi menjadi hero rakyat Palestin?

Ulama' terkenal, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru agar Syiah menghentikan fitnah terhadap Sunni, mengajak agar kedua-dua pihak merapatkan jurang dan bersatu menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

"Perbuatan fitnah Syiah didaerah yang mempunyai kependudukan Sunni yang ramai adalah bahaya dan seolah-olah melontar spanner kepada usaha-usaha perpaduan", al-Qaradhawi berucap di Persidangan pertama Doha bagi Dialog diantara Mazhab, yang diresmikan pada 20 Januari, 2007 yang lalu.

al-Qardhawi sebagai Pengerusi Persekutuan Ulama' Islam Antarabangsa berkata, Sunni yang merupakan majoriti pegangan umat Islam dunia, telah mengambil initiatif dan mengeluar beberapa fatwa menerima Mazhab Syiah Jaafari, tidak seperti Syiah.

Beliau memberi amaran bahawa perbuatan fitnah ini akan menjadi batu penghalang kepada usaha-usaha merapatkan (taqrib) yang telah dijalankan. Kata beliau :-

"Sesungguhnya Iran yang mempunyai kekuatan dan pengaruhnya kepada Iraq mampu menghentikan fitnah mazhab ini sebelum semuanya hancur (sebelum terlambat)"

Qaradhawi telah mengambil satu contoh dimana dipolmat Iran telah menyebarkan buku penyebaran aqidah Syiah di Sudan, dan berita tersebut telah disahkan oleh Menteri Waqaf Sudan, Esam al-Bashir, yang menghadiri persidangan yang sama.

ulama Syiah, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri, Ketua Organisasi Kebudayaan dan Komunikasi Iran telah menolak dakwaan al-Qaradhawi.

Kata Tashkhiri : 'Sunni yang sepatutnya menghentikan fitnah terhadap Syiah'. Beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa ulama' Sunni melabelkan Syiah sebagai murtad disebabkan pemahaman mereka yang berbeza.

Menghina Sahabat

Qaradhawi mengkritik beberapa golongan Syiah yang menghina Sahabat-Sahabat Nabi :saw. "Bagaimana boleh saya berjabat tangan dengan mereka yang melaknati para Sahabat? Para Sahabatla yang membawa Islam ke Iran, kenapa harus kurang ajar?"

Beliau menolak dakwaan Syiah bahawa Khalifah Umar al-Khattab bertanggung jawab membunuh anak Nabi :saw dan isteri Ali, Fatimah al-Zahra.

al-Qaradhawi menegaskan : "Kedua-dua Sunni dan Syiah hendaklah membuang apa-apa tuduhan yang provokatif dari silabus mereka".

Keganasan di Iraq

al-Qaradhawi mengatakan bahawa ulama' Islam sudah tidak tahan lagi melihat keganasan Mazhab yang berlaku di Iraq, kata beliau "Terdapat percubaan menukar demografi bandar Baghdad dengan memaksa Sunni keluar dari situ".

Qaradhawi telah mengutuk Squad Mati Syiah yang dikatakan telah menyiksa kaum Sunni sebelum membunuh mereka.

Beliau menyeru kepada Ulama' Syiah seperti Ali Khamenei agar beliau campur tangan supaya keadaan di Iraq tidak menjadi lebih buruk. Katanya : "Sudah sampai masanya Syiah menjauhkan diri mereka dari apa yang berlaku di Iraq".

US not winning in Iraq

William Fallon, pemimpin tentera Amerika di Iraq kata Amerika tak menang di Iraq setakat ini 3000 tenteranya mati di Iraq.

20,000 tentera chedera dari jumlah tersebut 500 kudung kaki.

Meneliti semua certia yang berlaku berbaloikah hanya 3000 tentera kafir terbunuh di Iraq itu. Sedang kan yang nak di halau oleh pasukan Moqtada Sada puak kafir tu konon nya. (Wayang dia)

Apakah mereka ini bersekongkol dengan kafir membunuh orang Islam khasnya untuk menghapuskan orang Islam Sunni.?

Syiah kata Sunni kafir kalau lihat perkembangan diatas, macam mana ? Apa untung nya membunuh orang islam sunni. Sedangkan yang nak dihalau kafir-kafir dari Amerika dan sekutunya. (Lihat kenyataan Moqtada Sada sebelum ini) Itulah sendiwara pemimpin Syiah yang mengaku mereka lebih Islam dari Sunni.
Siapa yang untong Islam atau Kafir ? Siapa yang sesat, juga perlu kita lihat siapa yang menyesatkan orang Islam. Pemimpin yang mengaku Islam atau pemimpin yang sah Kafir ?






Thursday, February 01, 2007

BOIKOT PILIHAN RAYA Hasilnya ?


Nampak parti yang memerintah mencapai kejayaan gemilang apabila majoritinya meningkat daripada 2671 kepada 5857, iaitu kenaikan lebih dua setengah kali ganda dalam pilihanraya kecil Batu Talam 28 Januari lepas.

Hakikatnya parti yang memerintah mendapat lebihan 862 undi lebih dari 5414 pilihan raya 2004. Ia itu 6276 undi 2007.

Kempen boikot pihak pembangkang terhadap pilihan raya kecil 28 Januari itu nampaknya kurang berhasil. Peratusan pemilih yang membuang undi merosot daripada 76.59% pada 2004 kepada 67.32%, penurunan 9.16% sahaja. Manakala undi rosak naik sedikit daripada 238 (2004) kepada 385 (+147), satu petanda kecil adanya protes..

Jumlah keluar mengundi 7080 dari 10,525 pengundi berdaftar, jumlah keluar mengundi 2004 sebanyak 8305 daripada 10,866 pengundi berdaftar. Jumlah pengundi berdaftar kurang 341 dari 2004.

Pembangkang 2653 tahun 2004. 419 tahun 2007. Kekurangan 2234 undi. Kemana 2234 undi itu. Pemerintah mendapat 862 undi dan yang merosakkan undi 147. Kalau ikut jumlah ini bererti yang boikot hanya 1225 undi dari angka yang keluar mengundi tahun 2004.

Fahamkah pengundi di kawasan Batu Talam tentang boikot ? atau faham buat-buat tak faham kerana ada habuan ? Ini perlu diambil kira.


Kalau diambil kira undi yang diperolehi pembangkang tahun 2004 –sebanyak 2653 sebagai diperolehi dari ahli parti-parti yang membangkang atau penyokongnya, boleh kah satu perkiraan dibuat bahawa ada yang tidak faham boikot atau enggan patuh kepada permintaan pemimpin mereka untuk berbuat demikian.


862 undi yang diperolehi parti pemerintah munkin dari kalangan mereka yang dulu pengundi atas pagar atau hanya penyokong kurang tegar pembangkang, dengan sebab itu kali ini mereka menyokong pemerintah tambah-tambah lagi dengan adanya tawaran sedikit habuan munkin.


Pengundi Cina mengandungi 10.81 peratus dari jumlah pemilih atau 1137 orang. Calun bebas yang menentang mendapat 419 undi. Kalau yang diperolehinya dari kalangan pengundi orang cina sahaja, ini bererti yang lain menyokong pemerintah.


Memandangkan faktor kampung Melayu tradisi dan penempatan Felda, sanggupkah orang Melayu menunjukkan sikap mereka terhadap pemerintah pada waktu pilihanraya kecil ini, sedangkan mereka sedar apa yang berlaku disekeliling mereka. Ia itu melakukan aksi protes secara terang-terangan, jika mereka turun mengundi, mampukah mereka "mensia-siakan" - dengan mengundi Bebas atau merosakkan kertas undi.

Maklumat terperinci mendapati kebanyakan pusat mengundi di kawasan orang Melayu menunjukkan peratusan yang agak tinggi tetapi yang menariknya di kawasan Felda, peratusannya hanya sekitar 35% saja. Di tempat pembangkang adakan ceramah penerangan boikot, peratus mengundi didapati menurun.

Dalam boikot ini perhati kita ialah peratusan keluar mengundi. Jumlah undi rosak. Dan jumlah undi yang diperoleh calon Bebas.

En. Wong Chin Huat seorang pensyarah menilai saperti berikut;

Wong noted that a more accurate figure to look at was the number of votes the BN actually garnered this year compared to 2004, which increased by 862 votes.

Of the estimated 2,234 PAS supporters in 2004 who did not support the independent candidate this time, 1,225 (or 54.83%) who did not turn up possibly boycotted the by-election while 862 or 38.59% turned to the BN.

"Only 40% of PAS supporters turned to the BN despite the coalition's huge election machinery and the under-preparation of the frivolous, independent candidate," Wong said.

"But, in the 2004 elections, it was also a clear win for the BN and yet, more voters turned up," he said, noting that the boycott had had a moderate impact with up to 1,225 voters potentially not turning up in support of it.

Memandangkan boikot mempunyai tujuan yang pelbagai merangkumi system demokrasi di Negara ini, system pilihanraya yang di kendalikan oleh SPR dan sebagai tanda menantang pemerintah menaikkan berbagai keperluan asas untuk rakyat sepatutnya orang Melayu perlu cekal menunjukkan sikap mereka.

Hasil yang kita lihat demikian, apa ikhtiar pembangkang berikut nya lihat kenyataan berikut;

Pas mungkin boikot pilihan raya umum – Husam

KOTA BHARU 31 Jan. – Pas mungkin memboikot pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan tegas tidak diambil dalam memperbetulkan kelemahan Akta Pilihan Raya sekarang, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, tindakan demikian boleh berlaku sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak memperbetulkan kelemahan yang ada, yang diakui sendiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

“Kerajaan perlu memberi perhatian serius dan berusaha membetulkan perkara yang diperkatakan oleh SPR lebih-lebih lagi pengakuan dibuat Pengerusi SPR sendiri yang mengatakan undang-undang pilihan raya (yang ada) tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Oleh itu kerja boikot ini perlu kah di jalankan dari sekarang atau tunggu sehingga buah durian dah mula luruh buang-buang busuk. Kata Malik Husin;

"Ia merosot kira-kira 10 peratus selepas dua minggu kempen. Bagaimana halnya jika kempen dipanjangkan sehingga tempoh berbulan-bulan? Jumlah 10 peratus adalah kecil bagi pilihan raya kecil, tetapi bayangkanlah impaknya 10 peratus itu dalam pilihan raya umum." - MALEK HUSIN, Pengerusi Mafrel

Tepok dada tanya hati dan buat niat baru...........yang penting semua ahli dan pendokong yang membangkang patut sama-sama berniat, cekal dan sanggup berjuang walau pun kehabisan beras ditempayan.

petani.